Monday, March 28, 2011

Terima kasih semua

Alhamdulillah, ramai yg sudi berkongsi hiba kami sekeluarga....

Mama hanya mampu menghitung hari adik. Tangisan dah terhenti, tak sedar kekadang mama dan babah ketawa menghibur hati. Bukan mama tak sedih. Tapi kesedihan mama dan babah hanya akan membuatkan adik lagi derita. Babah masih lagi dengan rutin bacaan yassin buat adik. Solat hajat juga tak kira waktu babah sentiasa buat. Beruntungnya adik memiliki babah yg sanggup mengorbankan waktu untuk sentiasa menemani adik dan mama melalui hari2 yang masih belum tentu jalan ceritanya.

Terima kasih buat kengkawan mama dan babah yg sudi dtg melawat mama di hsi. Walaupun tak dapat tgk adik, mereka tetap juga datang. Buat saudara jauh juga. Terima kasih, kerana setiap malam tak putus membuat bacaan yassin di Masjid Al-Akram Dato' Keramat http://foursquare.com/venue/2552789.

Mereka yang sudi datang.

Teman,
kesedihan ku memuncak,
Tapi kamu redakan dengan kata,
Bahu ku memikul bebanan,
Kamu lurutkan dengan senyuman,
 Kini aku sudah mara ke hadapan,
Kamu kata " kami sentiasa dibelakang"
Membantu menghapus sisa perit yang tersinggah.


Hari untuk menjadi lebih kuat

Mama tinggalkan hari semalam yg penuh duka. Hari ini mama redha dengan segala yg telah ditentukannya.

Semalam semua turut berduka, semua turut menangis. Kerana adik bakal menjadi ahli syurga!

Mama tak sanggup nak beritahu atuk dan nenek sendiri. Mama cuma tel acik. Biarlah acik yang sampaikan. Acik tanya mama, macam mana boleh jadi sampai macaam tu. Mama kata tak tahu, mama redha, kalau adik nak pergi, daripada adik hidup tersiksa dan tak sesempurna mereka.

Petang tu, atuk datang naik teksi. Atuk pun bukannya sihat sangat. Atuk terpaksa berkejar buat dialysis dan lepas tu datang pula ke hospital. Dari jauh mama dah nampak atuk. Air mata dah mula bergenang. Atuk peluk mama, atuk menangis. Atuk kata sabar...segala yg terjadi ada hikmahnya.

" BIARLAH AYAH, YAH TERIMA SEGALANYA! "

Tika dan saat blog ini tercoret pun, mama sedang menangis.

Kalau itu ketentuaannya!

Hari ni masuk hari ke-3 adik berada di hsi. Masih tiada apa2 lagi perubahan yg adik tunjukkan. Misi kata adik masih diserang sawan. Ubat sawan dah paling maximum diberikan utk adik. Misi kata lepas rehat dalam jam 2.00ptg, dr nak jumpa mama dan babah.

Kerisauan mama dan babah makin bertambah. Berita burukkah atau baik yg bakal kami terima. Mama jadi gelisah, rasa bagai nak putar jam tu secepat yg mungkin.

2.00ptg mama dan babah masuk ke bilik dr pakar yg merawat adik. Dia terangkan kondisi adik. Ya Allah, remuk berkecai hati mama dan babah bila mendengarnya, namun air mata mama bagai dah tak terluah. Mama hanya mengangguk paham. Hanya yg mama dengar dgn jelas hinggaa kini, dr kata.....

Ada pendarahan dlm otak adik, tp dah rujuk pakar adik tak perlu buat operation buat masa ini. Adik jugak semakin kerap kena sawan, hampir setiap 10 minit sekali dan setiap sawan yg menyerang lebih dari 5 minit.
Dr kata adik tak ada harapan untuk hidup lagi....Dr cuma akan habiskan antibiotik selama 21hari...if tak ada perubahan ventilator adik dr cabut dan biarkan adik tanpa sebarang bantuan lg. Kalau adik survive pun, adik akan cacat kekal. " u pernah tengok budak cacat yang terbaring? so macam tulah anak u nanti." kecuali mirical! "

Babah peluk mama di sofa, air mata dah tak terbendung lg. mengalir sederas yg mungkin. kata2 dah mula tersekat. Teringat mama pada satu blog yang mama baca diawal hari adik masuk ke hospital. Anaknya juga sama nasib dengan adik. Tetapi tuhan lebih menyayanginya. Mama pinjam semangat dan kata2 si ibu disaat akhir hayat anaknya. Mama pergi dengan kain bedung adik yg masih terletak dibahu mama. Hanya ini yg mampu mama luahkan!

" ADIK IMAN, KALAU ALLAH LEBIH SAYANGKAN ADIK, ADIK PERGILAH SAYANG BERTEMU-NYA. TAPI KALAU ADIK MEMANG DIPINJAMKAN UNTUK MENEMANI MAMA, BABAH DAN ABANG ADIK KUATLAH SAYANG."

Hari-hari yang perlu dibahagikan

Ya, Allah kau lindungilah dia. Sesungguhnya ia masih kecil untuk menerima kesakitan mu itu.

Hari-hari mama dah tak terurus. Segala pantang, bengkung, ubat dah tak lg mama cuit. Fikiran mama kini hanya adik. Setiap kali melangkah masuk ke nicu, mama akan duduk kaku di sudut menunggu. Mama akan suruh babah tgk adik dulu, kalau adik ok, baru mama akan lihaat adik pula. Macam2 yg terbayang difikiran mama. Tidur mama dah tak lena. Kalau telefon berbunyi rasa bagai ada pisau yang menunggu untuk tersusuk ke dada. Babah kata, selagi adik iman tak pulih babah tak boleh nak pergi kerja. Mama faham keadaan babah. Babah terkilan belum sempat nak mandikan adik.

Rutin mama dan babah setiap hari jam 8.00pagi hingga 9.00mlm akan sentiasa berada di hsi menemani adik. Babah hampir setiap 1/2jam akan bacakan yassin utk adik. Kesian abang awal yg terpaksa tinggal dengan tok mama. Masa mama pergi abang masih tidur, bila balik cuma dapat main dengan abang cuma sejam lepas tu abang dah tidur. Namun fikiran mama tak pernah lupakan adik walau sedetik pun. Nasib baik abang tak meragam.

Adik kuat ye sayang!

Sunday, March 27, 2011

Segalanya bermula

Allah hu akhbar! Pagi itu mama bangun dlm kol 8.00pg. Mama dengaar suara adik seperti mengerang, tapi tak menangis. Mama lihat mata adik memandang ke atas. Bila mama selawat dan tolak kelopak mata adik, tetap tak berganjak tetap ke atas. Mama tunjukkan pada tok mama, babah pula dah ke pejabat. Tok mama kata pun tak tahu kenapa. Tok mama kata tak payah mandikan adik. Tok mama cuma lap-lapkan badan adik guna tuala basah. Lepas tu adik di bedung. Hati mama semakin tak sedap, mama tgk adik dlm bakul, muka adik semakin pucat. Susu pun adik tak habis minum. selalunya tak cukup 4oz adik jerit lagi, tapi hari ini adik diam, menangis pun tidak.

10.00pg
Mama call babah, suruh babah balik bawa adik ke klinik. Babah sampai dlm jam 11.00pg, adik masih sama pucat, mata ke atas. Mama tak tunggu lg, yang terfikir cuma bawa adik ke hospital.

Adik di bawa ke kecemasan. Lama juga mama dan babah tunggu di luar. Badan mama dah mula sejuk. mama tak sempat nak capai sweater. Mama cuma berstokin, berkain batik dan berbaju t-shirt lengan pendek. Misi datang panggil mama, tak semena berderau darah mama.

Di atas katil mama lihat, muka adik si dalam balang jernih..adik perlukan oksigen. Dr kata adik dah mula menangis, muka adik pun dah sedikit kemerahan. Rupanya td selama dirumah adik tak cukup oksigen. Dr kata adik perlu dibawa ke nicu, utk di berikan pemantauan dan rawatan selanjutnya. Masa ni mama masih belum terasa apa2 yg merisaukan. Mama fikir adik dah semakin pulih. Hati mama sedikit lega.

Setibanya di nicu, dr suruh mama dan babah tunggu di ruang menunggu. Hampir 1/2jam, dr panggil mama dan babah. Jauh di sudut hadapan pintu, mama lihat adik terbaring kaku, adik dah tak sadarkan diri. Lemah rasa kaki mama nak berdiri. Badan adik dah berselirat dengan wayar.



Ya...Allah besarnya ujian mu. Semalam ia tersenyum, dan hari ini dia terbujur kaku.

Dr kata adik terpaksa ditidurkan, keran kekurangan oksigen pd otak. Kepala adik juga membengkak. Baru mama perasan ubun2 adik nampak timbul. Disebabkan mama lewat bawa adik ke hospital sebenarnya memburukkan lagi keadaan adik. Mama tak terkata, air mata dah tak terbendung. Kain bedung terakhir yg adik pakai menjadi tadahan air mata mama. Mama cium baju yg adik pakai. Babah juga menangis! Dimana silapnya sepanjang kami menjaga adik?

Malam itu mama terpaksa tinggalkan adik ditemani bunyi mesin2 yg amat bising. Mama tak dibenarkan menuggu adik. Lagipun dr kata tak ada apa2 yg dapaat mama lakukan. Kalau ada apa2 pihak hospital akan hubungi mama dan babah.

Adik sayang jangan tinggalkan mama, masih banyak lg pakaian yg mama sediakan adik belum pakai.

Saturday, March 26, 2011

Adik kena kuning

Baru hari ke-3 iman di rumah...pagi tu misi dtg utk chek mama dgn adik iman. Misi kata adik kena kuning, dia suruh mama bawa adik ke klinik segera utk ambil darah. Mama suruh babah balik, tengahari tu chek darah iman, 10 saja masa tu dr kata so ok lg. Balik tu mama suruh babah beli ubat dkt sense. Mama kena mandikan adik dgn ubat sense salama seminggu. Alhamdulillah, selepas 3 hari kuning adik turun ke 9, so adik tak perlu admit ke hospital.


Duduk rumah boring2, mama ambil gambar adik iman...lain sgt muka adik, macam org putih pulak mama tengok. Badan adik banyak nampak tompok putih. Orang panggil air mandi...So akan bertambah besarlah lagi badan anak mama ni...hehehe...

Bismillahhirrahmanirahim.....

Alhamdulillah, rezeki Allah...segala perancangan diatur mengikut kehendaknya. Sekali lg mama menerima khabar gembira. Mama bakal dapat baby lg setelah umur abang awal masuk 2 tahun. Dr sahkan mama bakal dapat baby gurl. Seronok tak terkira, insyaallah sepasanglah anak mama keluar nanti.

Untuk menyambut adik kali ni mama tak sediakan pakaian dan barangan sebanyak seperti abang dulu. Mama cuma beli 4 helai saja baju baru. Baju abang pun masih elok lagi utk dipakai. Dah lumrah, anak ke-2 kenalah pakai yg dah sedia ada...kalau tak nanti jadi pembaziran.

Mama, macam biasa tak alah ketika mengandung...9 bulan 3 hari adik iman tinggal dlm perut mama. Sampai saat melahirkan adik iman, mama rasa mudah. 3 kali teran adik iman dah keluar, walaupun sebelum ni, mama tak ada pengalaman bersalin normal. Lahirkan abg awal, mama menahan kesakitan selama 12jam. Tapi akhirnya abang lahir sacara caesar.

Cuma semasa mama mengandungkan adik iman, dr kata mama ada kencing manis. Tapi mama yang gatal makan selepas minum air gula. Mungkin sebab itu bila ambil darah gula mama naik. So disebabkan mama dilebalkan sebagai diabetis, genap 40minggu mama perlu dimasukkan ke wad, dan dimasukkan ubat untuk dipaksa bersalin.

Masuk hari ke-3, jam 2 pg, mama dah mula sakit 10 minit...Pagi-pagi dalam pukul 8pg babah dah dtg nak teman mama bersalinkan adik. Masuk labour room dalam kol 10pg. Akhirnya adik keluar pada jam 3.38ptg.
Berat : Panjang:

Bersyukur mama kepada Allah...Adik sihat dan sempurna. Kening adik sangat cantik, seperti dibentuk, walaupun rambut adik halus dan sedikit.

Mama dan Babah kasi nama adik PUTERI NUR IMAN QASRINA.