Senyum mama campur tangis hari ini. Dr kata kesihatan adik bertambah baik. Terlalu banyak kekuatan dalam diri adik. Dr pun tak sangka dengan perubahan adik. Dr nak cuba cabut ventilator adik esok.
Bersyukurnya babah dan mama. Terima kasih Allah, sesungguhnya kau masih meminjamkan Adik untuk kami sekeluarga.
Mama sampaikan khabar pada semua. Semoga doa kami didengar oleh-Nya.
Debaran hari esok masih ada.
Diary ini sekadar untuk dikongsi, dan andainya suatu hari kau dapat membaca..ketahuilah, semua disekeliling mu amat menyayangi mu. Tak sedikit pun mama kesal memilikimu...Kaulah yg teristimewa. Bantulah mama dan babah sekiranya kami terdampar di luar pintu syurga.
Monday, April 11, 2011
Tiada lagi sawan
Pagi ni mama datang seperti biasa. Dengan harapan agar kesihatan adik bertambah membaik.
Babah lihat adik masih terbaring kaku sama eperti hari2 berikutnya. Cuma ubun kepala adik yg membengkak kelihatan sedikit susut. Babah tanya dengan Dr macam mana keadaan adik. Dr kata adik dah tak ada fit. Dr pun dah semakin kurangkan dos ubat adik, pernafasan adik pun semakin membaik, ventilator dah dikurangkan ke 25%.
Alhamdulillah, syukur. Sememangnya adik kuat.
Adik, mama rindu nak tengok mata dan mendengar tangisan adik. Bangun ye sayang!

Subscribe to:
Posts (Atom)