Dah terlalu lama diari mama beku. Entahlah, terlalu banyak cerita, sampai tak sempat Nak melakarkan warna warni disini.
Kakak Nak dpt Adik lg....huhu....semput mama. Tak pe, rezeki yg tak dirancang, semoga segalanya baik2 dan dipermudahkan.
Assalamualaikum anak mama Puteri Nur Iman Qasrina,
Selamat ulang tahun yg ke-4 Sayang. Tiada apa yg mampu menandingi kehadiran kakak. Kakak yg hadir memberi seribu cerita suka Dan duka. Yg memberi senyuman Dan tangisan.
Kekuatan mama Dan babah.
Bersyukur, kerana pinjaman amanah ini kepada kami. Teruslah kuat kakak utk terus menemani mama Dan babah. Walaupun kita tak pasti APA akan jadi esok hari. Sentiasalah tersenyum utk kami...kerana senyuman mu tak pasti sampai bila lg.
Bergembiralah Sayang, kerana kakak tiada duka. Kamulah seputih kain yg bakal kita dikafankan nanti.
Kakaklah kupu2 Syurga.