Saturday, December 29, 2012

Kamu di hospital

Sayang, hampir 2 minggu kamu di hospital. Sepanjang kakak di hospital, babah yg jaga kakak. Mama tak dapat nak teman kakak langsung, walaupun sehari. Adik adel langsung tak dapat pisah dengan mama. Ada juga teman mama yg nak bantu jadi ibu susuan  untuk adik Adel. Tapi mama tak mahu menyusahkan orang.Risau adik meragam pulak malam-malam nanti.

Babahlah orang yang paling risau dengan keadaan kakak. Segalanya babah lakukan sendiri setiap hari, menguruskan keperluan kakak. Hampir nak buat suction pun misi suruh babah buatkan sendiri, tapi babah tak sanggup.

Sekali lagi kami lalui saat yang kami tak ingin lalui kakak. Rasa marah kecewa pun ada dengan pihak hospital.

Sebaik kakak ditolak di zon kritikal, kakak perlu di tahan di wad biasa. Bila sampai di wad, dokter nak buat line untuk nak masukkan drip dan ubat. Tiba-tiba tapak tangan dan kaki kakak begitu pucat, biru. Bergegas dr tolak kakak di bilik khas. Mama diminta tunggu diluar. Doktor buat ujian jantung dan sebagainya. Dokter jangkakan adik ada komplikasi jantung. Tapi alhamdulillah, semuanya baik selepas itu.

Dari jam 11malam hingga 5pagi kakak dibilik khas. Rupanya dr masih tak berjaya nak buat line, disebabkan urat kakak susah nak dapat. Hampir 80 suntikan jarum ada di seluruh badan kakak...Alahai pilunya hati mama dan babah. Namun kakak masih lena tidur. Dr kata kakak perlu dihantar ke PICU untuk dimasukkan line melalui tulang.

Selama 3hari kakak di PICU. Mama pula menumpang di kuaters kawan mama seorang dokter yang juga mempunyai anak istimewa seperti kakak. Jadi taklah jauh untuk mama ulang alik dari rumah ke hospital.

Bermulalah episod kakak ditemani mesin semula. Kakak berantung pada bantuan oksigen. Spo2 kakak pula tak stabil. Paru2 kakak sangat lemah. Dokter kata paru2 kakak, kena jangkitan kuman. Mungkin segalanya berpunca diebabkan kakak kerap tersedak ketika minum atau makan. Ditambah pula kakak tidak aktif seperti orang normal, hanya terbaring, jadi kakak mudah kena jangkitan kuman. Dokter kata, kalau lagi sekali kakak dimasukkan di hospital disebabkan jangkitan kuman paru2, kakak perlu memakai tiub yg akan dimasukkan melalui hidung. Ini supaya kakak tidak tersedak dan tidak akan masuk ke paru2.

Friday, December 28, 2012

Jangan tinggal mama

Seminggu beraya 28 Ogos 2012

Seharian kakak tidur, tak nak bangun langsung. Mama dah faham sangat dengan keadaan kakak, menandakan kakak demam. Mama biarkan sahaja, cuma mama beri kakak ubat demam. Kakak dari lahir memang susah nak tahu kakak demam, sebab badan kakak tak pernah panas. Bila kakak demam, kakak boleh tidur hampir 2 hari...itu pun terpaksa mama kejut, lepas tu sambung tidur semula.

Malam tu, kita sekeluarga dengan uncle Bob pergi calebrate birthday Tok Mama. Babah mula perasan, dada  kakak semakin laju berombak. Ntah, hati mama pun semakin resah. Habis makan, mama dengan Babah bergegas ke Klinik Faisal di BBU. Kakak diberikan nabulizer. Keadaan kakak masih sama. Dr minta mama bawa kakak ke Hospital Sultanah Aminah.

Sampai di wad kecemasan Hsa, prosedur biasa dijalankan. Sesuatu yg tiba-tiba buat kaki mama tak mampu berdiri. Dr berlari bawa kakak ke zon kritikal...Spo2 kakak bawah 80....

Ya Allah kau berikan aku sedikit kesenangan dan kini kau uji kami dgn ketabahan...


Pucatnya kamu sayang....

Thursday, December 20, 2012

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah kakak, rezeki tak putus mama dapat sepanjang bulan puasa tahun ni. Allah permudahkan rezeki buat kita sekeluarga. Mama juga bercadang nak buat rawatan akupuntur kakak di kajang dengan pakar yg datang dari korea, yang kebetulan datang khas untuk buat rawatan pada AN nur, selepas 3 minggu hari raya nanti. Banyak juga wang yg perlu mama sediakan. Untuk 20sesi akupuntur sahaja kos hampir 2 ribu keatas, belum lagi termasuk kos rumah yang perlu mama sewa disana dalam anggaran RM1,600, minyak, makan minum dan lain-lain. Insyaallah kita pergi sama-sama dengan teman sekasut mama, Ibu Haziq.  Duit sumbangan yang mama dapat juga adalah serba sedikit boleh mama gunakan dulu, sebelum dapat mama kumpulkan lagi untuk menampung pula kos rawatan untuk kakak buat HBOT.

Sememangnya bukan semudah diperkatakan untuk mama mengumpulkan kewangan untuk rawatan kakak. Tapi selagi terdaya akan mama cuba. Macam-macam perubatan yang mama nak cuba buat kakak, tapi kewangan sangat membataskan segalanya. Insyaallah, kalau ada rezeki buat kakak....pasti akan ada juga kelak.

#Usaha, sabar, doa' dan redho....

Thursday, September 27, 2012

Masih Sama

Mama dah mulakan terapi kakak di luar.
Mama hantar kakak berterapi di Spastik Johor setiap hari rabu. Harga pun mampu untuk mama dan babah keluarkan berbanding dgn terapi yg dtg di rumah mencecah rm70 keatas sekali sesi untuk 1jam. Nasib baik babah dapat pelepasan dari boss setiap hari rabu untuk buat terapi kakak. Bersyukur juga mereka memahami.

Nak beli tak mampu, so kena kreatif...idea dari seorang supermum untuk kuatkan otot tangan kakak.

Kakak kena tanam...huhu...habis kakak mkn pasir laut tu...best ke?

# Kuat ye sayang, nanti boleh main sama2 dgn abg dan baby adel.

Berhabuk diary adik

Sayang mama,
Dah lama mama tak bercerita disini....segalanya terhenti. Malas, penat atau letih, mama pun tak tahu.

Yeah, adik dah ada adik!

Mama dah tak boleh panggil kamu adik lg tau. Biar bertanggung jawab sikit...hehehe..Kakak Iman.

Baby lahir di Hsa, Jb pada 22.05.12. Semuanya dipermudahkan, masuk shj labour room, tak sempat babah nak lihat, baby dah keluar. Kakak pun tak terbiar lama2 tumpang tinggal dengan nenek. Abang pulak mama terpaksa tinggalkan dgn tok mama.

Siapa nama baby?
Adel Faiq Putera..Mama nak letak Wan Adel Faiq Putera tp tak boleh, disebabkan nama babah tak ada Wan. So kenalah mama angkat sumpah dan melalui macam2 proses nak buat penambahan wan nanti.Ni syarat baru yg ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara. Masa letak nama Wan pada abang Awal dulu, ok je.

Nenek kata, kakak tersenyum bila nenek kata mama dah bersalin...huhu..kakak faham ye?

Jangan risau walaupun kakak dah ada adik, mama tetap sayang kakak....

#Mama dgn babah sayang kamu semua, tak ada bezanya!