Alhamdulillah kakak, rezeki tak putus mama dapat sepanjang bulan puasa tahun ni. Allah permudahkan rezeki buat kita sekeluarga. Mama juga bercadang nak buat rawatan akupuntur kakak di kajang dengan pakar yg datang dari korea, yang kebetulan datang khas untuk buat rawatan pada
AN nur, selepas 3 minggu hari raya nanti. Banyak juga wang yg perlu mama sediakan. Untuk 20sesi akupuntur sahaja kos hampir 2 ribu keatas, belum lagi termasuk kos rumah yang perlu mama sewa disana dalam anggaran RM1,600, minyak, makan minum dan lain-lain. Insyaallah kita pergi sama-sama dengan teman sekasut mama,
Ibu Haziq. Duit sumbangan yang mama dapat juga adalah serba sedikit boleh mama gunakan dulu, sebelum dapat mama kumpulkan lagi untuk menampung pula kos rawatan untuk kakak buat
HBOT.
Sememangnya bukan semudah diperkatakan untuk mama mengumpulkan kewangan untuk rawatan kakak. Tapi selagi terdaya akan mama cuba. Macam-macam perubatan yang mama nak cuba buat kakak, tapi kewangan sangat membataskan segalanya. Insyaallah, kalau ada rezeki buat kakak....pasti akan ada juga kelak.
#Usaha, sabar, doa' dan redho....
No comments:
Post a Comment