Sayang, hampir 2 minggu kamu di hospital. Sepanjang kakak di hospital, babah yg jaga kakak. Mama tak dapat nak teman kakak langsung, walaupun sehari. Adik adel langsung tak dapat pisah dengan mama. Ada juga teman mama yg nak bantu jadi ibu susuan untuk adik Adel. Tapi mama tak mahu menyusahkan orang.Risau adik meragam pulak malam-malam nanti.
Babahlah orang yang paling risau dengan keadaan kakak. Segalanya babah lakukan sendiri setiap hari, menguruskan keperluan kakak. Hampir nak buat suction pun misi suruh babah buatkan sendiri, tapi babah tak sanggup.
Sekali lagi kami lalui saat yang kami tak ingin lalui kakak. Rasa marah kecewa pun ada dengan pihak hospital.
Sebaik kakak ditolak di zon kritikal, kakak perlu di tahan di wad biasa. Bila sampai di wad, dokter nak buat line untuk nak masukkan drip dan ubat. Tiba-tiba tapak tangan dan kaki kakak begitu pucat, biru. Bergegas dr tolak kakak di bilik khas. Mama diminta tunggu diluar. Doktor buat ujian jantung dan sebagainya. Dokter jangkakan adik ada komplikasi jantung. Tapi alhamdulillah, semuanya baik selepas itu.
Dari jam 11malam hingga 5pagi kakak dibilik khas. Rupanya dr masih tak berjaya nak buat line, disebabkan urat kakak susah nak dapat. Hampir 80 suntikan jarum ada di seluruh badan kakak...Alahai pilunya hati mama dan babah. Namun kakak masih lena tidur. Dr kata kakak perlu dihantar ke PICU untuk dimasukkan line melalui tulang.
Selama 3hari kakak di PICU. Mama pula menumpang di kuaters kawan mama seorang dokter yang juga mempunyai anak istimewa seperti kakak. Jadi taklah jauh untuk mama ulang alik dari rumah ke hospital.
Bermulalah episod kakak ditemani mesin semula. Kakak berantung pada bantuan oksigen. Spo2 kakak pula tak stabil. Paru2 kakak sangat lemah. Dokter kata paru2 kakak, kena jangkitan kuman. Mungkin segalanya berpunca diebabkan kakak kerap tersedak ketika minum atau makan. Ditambah pula kakak tidak aktif seperti orang normal, hanya terbaring, jadi kakak mudah kena jangkitan kuman. Dokter kata, kalau lagi sekali kakak dimasukkan di hospital disebabkan jangkitan kuman paru2, kakak perlu memakai tiub yg akan dimasukkan melalui hidung. Ini supaya kakak tidak tersedak dan tidak akan masuk ke paru2.
No comments:
Post a Comment