Semalam hari yang sangat menduga mama. Dengan berbagai dugaan yang hampir bagaikan meragui nyawa adik.
Kasihan mama melihat nasib seorang ibu...yang suaminya baru bernazar agaknya, mencukur janggut dan misai selepas menantikan cahaya mata yang pertama setelah 10 tahu menanti. Anaknya tak cukup bulan, di asingkan di bilik khas bertentangan dengan wad adik, kerana paru2nya kena jangkitan kuman.
Bermulalah peristiwa episod pemergian kawan adik pada jam sekitar 10.10 mlm. Misi datang membuat suction sebelum nak beri susu melalui tiub pada kawan adik. Tiba2 darah terpancut keluar tanpa henti.
Dalam jam hampir 1 pagi mama lihat ibunya datang menangis. Sambil membawa baki pampers anaknya yang ada di berikan kepada kawan mama yang sama2 menunggu anaknya di wad hospital. Anaknya dah tiada! Kalaulah mama di tempatnya? Masih belom dapat mama bayangkan....
Pagi ini, babah terserempak dengan ayah kawan adik. Babah peluk dia, yang sedang menanti ingin membawa jasad anaknya pulang untuk disemadikan. Babah kata " Bersabarlah, dan tak apa sekurangnya...dah ada pembantu untuk bawa awak masuk ke sana!"
Semalam, sekitar jam 3pagi seorang lagi anak kecil diambil nyawanya. Anak seorang pasangan cina. Tapi kali ini amat berbeza ibu dan ayahnya nampak begitu kuat menempuhnya. Tak terdengar pun raung tangisnya, meratapi pemergian anak yang dilahirkan..Mungkin dia dah bersedia dari awal.
Dari hari pertama dia dimasukkan ke nicu....bacaan bantuan oksigennya bagaikan mesin yang nak meletup...semaksimum mungkin pergerakan mesih ventilatornya. Kalau tak silap mama mencecah 120...Dadanya berombak, mengikut rentak selaju mesin yang dipasang.
Ya, Allah aku bersyukur kerana kau masih memberiku peluang menemaninya.
Bercerita kisah adik, setelah seharian melalui hari yang cemas. Pagi ini seperti biasa mama menanti kehadiran pakar. Mama melihat dr pelatih menerangkan kepada pakar tentang kejadian adik semalam. Tiba2 apa yang terjadi semalam, terjadi sekali lagi dihadapan pakar. Serta merta dr meminta pam oksigen....keadaan menjadi kelam kabut...Mama lihat bagaikan nyawa adik bagaikan di hujungnya..Tapi hati ini mengatakan adik kuat. Kelihatan pakat memarahi misi yang seakan-akan sambil lewa mengambil barang yang dipinta..sedangkan adik dalam kritikal. Adik di alihkan semula ke ruang nicu.
Diagnos yang dr kata, mungking disebabkan badan adik yang tak dapat mengawal suhu. Suhu badan adik akan menjadi menurun hingga tak cukup oksigen bila sejuk...Manakala akan menaik bila panas. Jadi adik perlu di masukkan semula oksigen melalui hidung untuk sehari dua lagi.
No comments:
Post a Comment