Monday, June 13, 2011

Hari yang mendebarkan!

Masuk hari ke-3
Adik dah di pindahkan ke ruang pemerhatian...tiub oksigen di hidung dah di tanggalkan...adik pun dah semakin bersuara semula...3 hari mama perlu menunggu tangisan adik...sebelum ni hanya menangis, tapi tiada langsung bunyi..Mula2 risau juga mama dibuatnya, tapi dr kata biasalah...kan dah terlalu lama di masukkan ventilator dlm mulut, so hilanglah kejap suara adik. Tiub yang selalu untuk memasukkan susu yang diberi juga dah di tanggalkan. Setiap tahap adik lalui pemulihaan dengan cepat. Tapi yang merisaukaan mama, mata hitam adik sentiasa ke kiri.
Babah : " Tak pelah yang, mungkin Allah sembuhkan dia, tapi Allah ambil indramata dia!"
Mama redha' adik...

Di wad pemerhatian agak merisaukan mama coz adik hanya disambungkan dengan mesin chek denyutan jantung yg kecil dan agak slow bunyi bipnya berbanding di nicu menggunakan monitor besar dan berbunyi kuat. Kalau oksigen adik kurang serta merta bip akan berbunyi sekuatnya. Jadi dapatlah misi atau dr melihat dengan segera. Berbeza dengan sekarang, dengan misi yang hanya ada 2 org sahaja yang menjaga untuk hampir 20 org bayi di wad pemerhatian.

Jangkaan mama tepat..bermula dari awal tengahari, mama tak pernah jauh dari Adik. Bergilir-gilir dengan babah. Mama lihat monitor adik...oksigen adik dari 98 turun mendadak jatuh hingga hampir 40...muka adik sedikit kebiruan...mama segera panggil dr yang kebetulan ada berhampiran. Bila dr datang oksigen adik normal seperti biasa semula.

Dr : " Kalau Puteri jadi lagi nanti beritahu saya ye..."
Mama terpinga...maknanya mama kena sentiasa perhatikan adik. Kalaulah mama tak ada macam manalah keadaan adik?


Sepanjang mama jaga hari ni sahaja dah 2 kali adik kekurangan oksigen. Mama minta dr pindahkan semula adik ke nicu, tapi tak di indahkan. Apalah daya mama dik.

Jam dah 9.00mlm, babah terpaksa pulang. Tinggalkan mama menemani adik di wad. Risau mama buatkan mama nak ke tandas pun susah. Mama cuma ke bilik rehat berbaring di katil tak lebih 5 minit. Mama akan bingkas bangun semula ke wad adik.

Jam 11.00mlm,
Mama lihat ruang wad kosong lengang, yg tinggal seorang dua para ibu dan bayi2 yang dalam menyabung nyawa menanti harapan untuk hari esok. Bunyi bip2 di nicu bergema hingga ke wad pemerhatian adik. Wad pemerhatian yang adik duduk sekarang tidaklah jauh dari nicu..masih dalam ruang yang sama, cuma adik jauh di hujung sudut dinding.

Misi cina yang agak tua datang nak masukkan ubat melalui jarum yang terletak di kepala adik. Mama hanya memerhati. Misi cina ni agak ganas sedikit. Risau juga mama lihat dia mengendalikan jarum yang terlekat. Tak lama, misi beredar. Mama lihat banyak darah di tuala yang di jadikan alas bantal di kepala adik. Mulanya mama fikir bekas darah yang terkeluar semasa misi memasukkan ubat. Rupanya darah adik sedang mengalir bagai air paip yang sedang dibuka pilinya. Pantas mama ligat mencari misi. Kebetulan misi nadia lalu.

" Nadia, darah keluar banyak dari kepala puteri."
Mama lihat nadia mengambil kapas membersihkan darah yang mengalir.

" Mak jangan takutlah, penutup dekat lubang jarum ni, tak tutup ketat!"
Masyaallah...mudahnya dia bercakap. Banyangkanlah kalau mama tak ada disisi, dah kering agaknya darah adik.

Hilang bab darah....tiba2 aksigen adik kurang lagi..mama pandang sekeliling...tiada dr atau misi yang dapat membantu....segera mama ingat kembali insiden pagi tadi. Mama angkat adik supaya duduk...mama tepuk2 belakang adik...kemudian oksigen adik kembali naik semula. Hanya Allah sahaja yang tahu...Tapi mama tak salahkan sesiapa, mungkin itu rezeki mama untuk manjaga adik.

Malam ini tidur mama memang tidak selena semalam...tapi masih ada harapan untuk mama tersenyum untuk hari esok!

No comments:

Post a Comment