Tuesday, January 1, 2013

Nasib anak istimewa di Hospital Kerajaan

Hari ke-2 kakak di PICU.

Keadaan kakak masih sama. Dr kata keadaan kakak 50/50. Kakak kelihatan begitu tidak bermaya. Tidur sahaja.

Hari ke-2 babah, ikut mama balik ke rumah. Sebab tidak dibenarkan untuk menemani kakak diPICU. Sebelum balik, dr nak jumpa mama. Kata2 dr cukup merisaukan mama.

"Puan, keadaan anak puan tidak begitu baik dan juga tidak begitu buruk. Tapi anak seperti ini apa2 juga boleh terjadi yang tidak baik secara tiba2. Sekiranya terjadi yang tidak baik, adakah puan nak pihak Hospital memberikan bantuan pernafasan melalui tiub di dalam mulut? atau membiarkan sahaja?"

Tentunya mama pilih untuk menyelamatkan kakak selagi termampu. Tak sanggup mama membiarkan kakak begitu sahaja. Di dalam kereta, air mata mama dan babah dah tak tertahankan. Kami terlalu sayangkan kakak. Biar apa pun keadaan kakak, kasih sayang mama dan babah tiada bezanya dengan setiap anak2 mama dan babah.

Jam 11malam, mama di kejutkan dengan panggilan telefon dari pihak hospital. Mama diminta datang ke hospital, dokter pakar nak jumpa mama dan babah. Sepanjang jalan tak henti kami berdoa' agar adik dijauhkan dari ketidakbaikkan.

Sampai di wad, mama lihat keadaan adik masih sama, alhamdulillah


Apa yang menyakitkan hati kami. Dr pakar hanya memanggil kami untuk mengulangi pertanyaan yang sama. Bukankah mama dah katakan tadi...lakukan apa sahaja selagi terdaya...

Rupanya, pihak hospital mendesak untuk memilih membiarkan sahaja. Beginikah layanan yang harus diberikan oleh kerajaan? Kata dr tak guna membiarkan kakak di masukkan tiub dan sebagainya, sebab kita sudah tahu keadaan bila dewasa macam mana. Lagi menyakitkan kakak. Huh....runtuhnya hati kami....

Pilihan kami kali ini terpaksa diubah....bukan kami tak sayang kamu, tapi jika itu yang terbaik, kami redho'...

Babah kata " Saya nak tengok anak saya pergi dalam keadaan cantik!"....

Sekali lagi kami hanya berserah.....Dr hanya akan beri bantuan oksigen kakak shingga 15 shj. Sekiranya kakak tak mampu bertahan....maknanya, segalanya terserah kepada-Nya

Tangisan itu datang lagi....

No comments:

Post a Comment