Tuesday, January 1, 2013

Kamu Memang Kuat

Sayang,

Dah hampir 2 minggu, kakak di hospital....sepanjang itu jugalah babah sentiasa menemani kakak.

Kesian babah, tidur baring di atas kerusi. Kuatnya kakak,perubahan demi perubahan kakak tunjukkan.

Hari terakhir sebelum Dr nak benarkan kakak keluar sangat mendbarkan kami, termaksuklah Dr pelatih yang ada. Dr pakar kata, bacaan oksigen kakak mesti melebihi 95 bila dicabutkan tiub oksigen dihidung.

Alhamdulillah, bila Dr matikan gas...bacaan kakak stabil 96....Cepat-cepat Dr suruh matikan mesin bacaan, sebab takut tiba-tiba bacaan kakak turun semula...Sedangkan fahaman kami keadaan kakak yang sebegini tidak memerlukan oksigen yang 100%. Disebabkan kecederaan otak yang kakak alami, oksigen tak melepasi 90 pun dah mencukupi untuk kegunaaan kakak.


Hai, kakak...mood kakak selepas keluar hospital berubah sekali..semakin bijak pula mama tengok.....

Kakak kuat menjerit, mungkin kakak masih fobia dengan injection yang berpuluh kakak terima. Kakak juga dah pandai pilih makanan...Kakak nak makan nasi...bubur bila mama kasi, kakak macam nak loya...

Hish...sampai dr neoro yang mama jumpa selepas kakak keluar kata, masuk hospital selalulah...hehehe..

Oh, tidak......

Mama masih perlu berhati2 seleps ini....Dr dah pesan, selepas ini kalau kakak masuk lagi ke hospital, kakak perlu minum menggunakan tiub sepanjang masa, yang akan dimasukkan melalui hidung...

Subhanallah ....

3 comments:

  1. salam, kakak cuba pi berubat dekat parit haji kamis batu pahat, ismail accupressure,

    bayaran pun ikhlas saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sernan, memang kami selalu berterapi di situ...akak selalu pergi setiap rabu dan sabtu...selepas empat bulan berterapi dkt sana, iman dah pandai mengiring....

      belum sempat lg nak sambung entry.....terlalu sibuk.

      Delete
    2. ohh ok la camtu takpa kita share sharekan mana mana tempat perubatan alternatif untuk semua org.

      Delete