Thursday, March 7, 2013

AKUPUNTURE SEMULA

Dah lama mama terpaksa berhentikan akupunture kakak di The Tole, KL. Dah hampir 2 tahun. Selama ni mama mencari juga tempat akupunture yang sesuai untuk kakak di johor bahru, sebab susah mama nak bawa kamu bertiga berulang alik dari jb ke kl...Charge yang dikenakan juga sangatlah mahal disana...

Rezeki Kakak lagi, selepas mama hantar abang ke tadika, tiba2 terdetik hati mama nak meronda mencari tempat akupunture untuk kakak. Mama pergi ke taman u...Jodoh kakak disitu rupanya.

Haarganya pun mampu untuk kami sediakan. Untuk sekali rawatan charge yang dikenakan hanya RM20, Manakala untuk ubat herba yang diberikan pula RM20. Ubat herba dibekalkan untuk 1minggu...Biasalah nama pun herba, bau dan rasanya hanya kakak sahaja yang tahu. Tapi kakak tak kisah pun...Kakak telan aje apa yang mama berikan!

Kali ke dua mama pergi, dokter sangat bermurah hati. Dia kata dia cuma charge kakak sebanyak RM40 sahaja untuk 3 sesi seminggu, bayaran termasuk untuk ubat herba sekali. Sangatlah murah....

#Sekali lagi kamu mempermudahkan rezekinya...Amin....

RINDU BUDAK BOLAT

Anak mama yang dulunya bulat....hehehe...Umur belum setahun berat dah cecah 15kg..Dulu tak perasan kamu sebulat ini...Patutlah bila berjalan, orang sibuk tengok kamu.....Sekarang dah mula kurus...Berat pun tinggal 13kg je...Tak pelah mungkin kakak nak senangkan kami...dan senang juga untuk kakak terus mencuba untuk meniarap....Kalau bulat mcm ni susah juga nak bergolekkan?heheheh...













 Gambar kenangan bersama supermom yang lain di seminar CELIK PIPI di Hsa, JB

# Bagaimanapun keadaan kakak, kami tetap sayangkan kakak. Kasih sayang mama dan babah tetap sama untuk semua anak2 kami. Tak kurang dan tak lebih...Seadilnya kami cuba beri yang terbaik buat kamu bertiga..


Jangan Buat Perangai Lagi

Kakak,
Tinggal berapa hari saja lagi kita nak ke sana...jangan sakit ye sayang.....Mama tak mahu bawa kamu ke hospital...kalau bawa dah pasti kakak kena tahan di ward. Tak apelah, biarlah dari pagi sampai ke malam kami uruskan kakak.

Rutin bila kakak sakit....Ambil nab, suction dan nab lagi....Akhirnya mama dan babah belikan kakak nabulizer machine....Puas meronda, semua farmasi kehabisan stok. Mama nak cari yang kecil dan rengan...Jadi senang nak bawa bila kesana nanti....

Cari punya cari akhirnya dapat juga di farmasi D'Apotic Bukit Indah.Alhamdulillah...semoga kakak terus membaik ya....


PNEUMOCOCCAL INJECTION

Alhamdulillah rezeki kakak. Walaupun agak mahal tapi kakak sangat2 memerlukannya. Mama ambilkan kakak injection pneumococcal. Disebabkan umur kakak dah melebihi 1 tahun, kakak cuma perlukan 1 injection sahaja yang berharga RM280. Injection ni tak disediakan oleh hospital or klinik kerajaan. Jadi mama dapatkan suntikan di KPJ Puteri. Paru2 kakak pun masih berbunyi kasar sikit. Jadi dokter suruh mama beri pada kakak ubat untuk paru-paru kakak. Kakak perlu habiskan selama 2minggu.


Apa itu PNEUMOCOCCAL INJECTION?

Penyakit pneumokokal ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteris yg dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokus.
Kuman ini boleh menyebabkan penyakit MENINGITIS ( jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang), BAKTEREMIA ( jangkitan darah ), PNEUMONIA ( jangkitan paru2 ), OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga.

Kuman pneumokokus terdapat di dalam hidung dan kerongkong org dewasa dan kanak2 yg sihat.Ia boleh merebak dr seorang anak kepada yg lain dalam cecair apabila beliau bersin atau batuk.

SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI RISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
-kanak2 berumur 5 tahun ke bawah
-kanak2 yg menghadiri nurseri atau pusat jagaan harian
-kurang daya tahan atau kurang imuniti kepada jangkitan
-pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah,sebelah dalam gegendang telinga
-terdedah kepada asap rokok
-kanak2 berpenyakit kronik seperti diabetis,jantung,paru2 atau penyakit buah pinggang

PENYAKIT PNEUMOKOKAL BOLEH MENYEBABKAN :
-kehilangan pendengaran
-kerosakan otak
-kecacatan yg kronik
-lumpuh
-kerencatan akal
-gugup/kesukaran bertutur


PNEUMONIA LAGI

Januari

Kamu sakit lagi. Dada kakak mama lihat mula berombak....Tapi kakak masih banyak sadar. Babahlah org yg paling risau denan keadaan kakak. 2 hari pertama, mama cuba mengelak untuk bawa kakak ke hospital. Babah pula berbelah bahagi, antara kakak dan abang awal.

3hb januari, abang dah mula nak masuk tadika. Babah kata, inilah baru pertama kali babah nak tengok anak babah pergi sekolah. Babah nak juga merasa melihat kerenah abang hari pertama ketadika.

Mama minta bawa kakak ke klinik untuk ambil nabulizer dahulu, lepastu ke Great life pula untuk buat cheast fisio. Dengan harapan kakak akan membaik semula.


Abang Awal di tadika 

Keadaan kakak masih sama, masih tak ada nampak perubahan. Masuk hari ke3 kakak dah mula tidur dan mama tahu kakak bertambah teruk.

Kali ni babah bawa kakak ke Hospital Sultan Ismail. Lebih mudah rasanya, sebab segala rekod perubatan kakak ada di sana. 




Kali ini mama dan babah lebih sedia menerima segala kemungkinan yang akan dokter beritahu. Kami hanya berserah kepada-Nya. 

Dokter kata, paru2 sebelah kanan atas dan sebelah kiri dibahagian bawah kakak sudah rosak. Hati kami jadi risau. Yang kami faham bila rosak bermakna tak boleh digunakan lagi.....Puas mama bertanya, alhamdulillah ada yang positif. Insyallah, boleh baik semula, dgn buat cheast fisio dan suction untuk keluarkan lendir yg ada dlm paru2 kakak. .


Gambar pertama abang awal mewarna di tadika. Mama bawa tunjuk pada babah di hospital. Kesian babah, tanpa henti menemani kakak di hospital selama 9hari di hospital. Maaf ye sayang, mama tak dapat jaga kamu. Adik Adel tak boleh berenggang dengan mama langsung.

Alhamdullilah, masa kakak dapat discharge balik. Dokter kata kakak boleh makan dan minum seperti biasa. Kakak tak perlu menggunakan ryles tube di hidung. Mama bersyukur sangat-sangat. 

#Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. 

Wednesday, March 6, 2013

KERUSI RODA UNTUK KAKAK

Cantik tak kerusi roda kakak?

Dokter rehab cadangkan kakak perlu menggunakan kerusi roda khas. Kerusi roda ni dapat menjaga struktur badan kakak. Supaya sentiasa tegak. Bimbang semakin lama dan bila kakak semakin besar, sekiranya kakak tidak duduk dengan betul, badan kakak boleh membengkok. Sekarang pun dah nampak bada kakak membengkok ke kanan. cuma tulang belakang kakak masih tegak. Yang menampakkan bengkok disebabkan hanya otot kakak disebelah kiri sahaja yang kuat.

Sebutharga yang mama terima kerusi roda kakak berharga RM3,500...Tunggu ye sayang, mama cuba mohon dulu dengan Tabung Bantuan Perubatan. Entah berapa bulan lagilah kakak, nak tunggu dapat kerusi ni. Tak pelah kita tunggu sahaja, kalau ada rezeki kakak adalah ye...


REHAB DAN KAKI BARU

Pertama kali appoitment kakak dengan rehabilitasi di Hsi. Alhamdulillah sangat berpuas hati setelah berjumpa dengan pakar. Walaupun menunggu giliran berjam2, tapi sangat berbaloi.

Dokter pakar mencadangkan kakak diberikan splint yang dapat membantu menyokong kaki kakak untuk berdiri. Jadi memudahkan juga untuk mama menyokong badan kakak. Kakak perlu lebih kerap berdiri. Sedangkan mama belum mampu nak menyedia standing frame untuk kakak.

Standing Frame yang hampir mencecah RM8k


Mama dah malas nak turun naik memohon bantuan peralatan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor. Dah dua kali pegawai yang bertugas hilangkan dokumen permohonan. Tak pelah, mama tahan badan kakak dekat penjuru dinding sahajalah ye.....

KAMU PANDAI MENGIRING

Alhamdulillah, dah hampir empat bulan mama bawa kakak berterapi di Ismail.accutherapy centre. Tak pasti sama ada secara kebetulan atau memang jodoh adik disini. Akhirnya kakak mengiring dengan sendirinya. Walaupun kakak hanya mengiring ke sebelah kanan sahaja, mama terlalu bersyukur....

Masih jauh lagi perjuangan kamu sayang....teruskan kekuatan kamu sayang...Mama tahu kakak mampu....

















#Tak mustahil, keajaiban boleh terjadi. Kita perlu usaha, selebihnya kita serah kepada-Nya

CERMIN MATA KAKAK

Rasanya mama belum pernah cerita tengtang cermin mata kakak...

 Disebabkan terlalu lama mama perlu tunggu untuk dokter buat keptusan nak beri kakak cermin mata atau tidak. Mama ambil keputusan mama nak buat sendiri. Walaupun mama tahu ia tak banyak membantu, disebabkan saraf mata kakak yg semakin pudar. Tapi sekurang-kurangnya, rabun mata kakak tak semakin tinggi. Dari 160, kini dah 220....Akan nak tunggu sampai cermin mata kakak tebal seinci baru nak beri!...

Akhirnya, mama minta dr tuliskan berapa power yg adik perlukan, mama buat sendiri. Agak mahal juga cermin mata kakak. Pendek kata segala peralatan keperluan khas untuk anak2 oku semamngnya mahal2....tak kiralah dari perawatan, sekolah dan sebagainya....Kenapalah ye?

Untuk bingkai cermin mata kakak sahaja dah melebihi RM300....Jumlah kesemuanya bingkat dan kanta mama perlu bayar RM550.

# Tak mengapalah....Kakak, lihat Mama, Babah, Abang dan Adik...tersenyumlah sayang....Walaupun hanya bayang...janga risau, kami tak kan pernah tinggalkan kakak.

MENCUBA RAWATAN DI ISMAIL ACCUTHERAPY CENTRE

Alhamdulillah, keadaan kakak semakin membaik.

Sejak keluar hospital kakak dah pandai pilih makanan. Kakak dah tak nak lagi makan bubur. Ye, kakak nak nasi...huhuhu...bukan main kakak mengunyah...oklah, kakak sakit nak pandai ye!

Kakak,
Mama harus buat usahakan rawatan alternatif untuk pemulihan kakak. Mama tahu, semakin meembesarnya kakak, kalau tak ada usaha dari mama dan babah, akan buatkan kakak semakin teruk.

Mama bawa kakak ke batu pahat. Walaupun perjalanan agak jauh, tapi demi kakak kami perlu korbankan segalanya utk kakak. Buat masa permulaan, mama bawa kakak ke sana 3kali dalam seminggu. setiap kali rawatan mengambil masa selama 1jam..Mula2 kakak tak selesa, sepaanjang rawatan kakak menangis. Risau juga hati mama. Pada hari pertama, sepanjang berterapi kakak diserang sawan. Tapi mama teruskan juga...Maaf ye sayang...mama tahu kakak sakit.

Ismail Accutherapy Centre adalah rawatan yang menggunakan teknik urutan, warna dan aliran elektrik. Murninya hati tuan punya centre. Rawatan untuk kakak, dan juga untuk insan2 istimewa seperti kakak, tidak dikenakan bayaran langsung.

 untuk memulihkan saraf mata kakak



Kakak bersama sahabat syurga yang lain, dua2 hiro kakak tu nama haziq

Babah pun berterapi juga...bayaran seikhlasnya...

#Ya Allah! Kau pertemukan jodoh penyembuhan rawatannya disini. Kau tabahkanlah hati kami. Kau kurangkanlah kesakitan yg dia alami. Amin.....