Thursday, March 7, 2013

PNEUMOCOCCAL INJECTION

Alhamdulillah rezeki kakak. Walaupun agak mahal tapi kakak sangat2 memerlukannya. Mama ambilkan kakak injection pneumococcal. Disebabkan umur kakak dah melebihi 1 tahun, kakak cuma perlukan 1 injection sahaja yang berharga RM280. Injection ni tak disediakan oleh hospital or klinik kerajaan. Jadi mama dapatkan suntikan di KPJ Puteri. Paru2 kakak pun masih berbunyi kasar sikit. Jadi dokter suruh mama beri pada kakak ubat untuk paru-paru kakak. Kakak perlu habiskan selama 2minggu.


Apa itu PNEUMOCOCCAL INJECTION?

Penyakit pneumokokal ialah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh sejenis kuman bakteris yg dinamakan 'streptococcus pneumonias' atau pneumokokus.
Kuman ini boleh menyebabkan penyakit MENINGITIS ( jangkitan pada radang selaput otak atau urat saraf tunjang), BAKTEREMIA ( jangkitan darah ), PNEUMONIA ( jangkitan paru2 ), OTITIS MEDIA ( jangkitan telingan tengah,sebelah dalam gegendang telinga.

Kuman pneumokokus terdapat di dalam hidung dan kerongkong org dewasa dan kanak2 yg sihat.Ia boleh merebak dr seorang anak kepada yg lain dalam cecair apabila beliau bersin atau batuk.

SIAPAKAH YANG MEMPUNYAI RISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT PNEUMOKOKUS?
-kanak2 berumur 5 tahun ke bawah
-kanak2 yg menghadiri nurseri atau pusat jagaan harian
-kurang daya tahan atau kurang imuniti kepada jangkitan
-pernah mengalami jangkitan pada telinga tengah,sebelah dalam gegendang telinga
-terdedah kepada asap rokok
-kanak2 berpenyakit kronik seperti diabetis,jantung,paru2 atau penyakit buah pinggang

PENYAKIT PNEUMOKOKAL BOLEH MENYEBABKAN :
-kehilangan pendengaran
-kerosakan otak
-kecacatan yg kronik
-lumpuh
-kerencatan akal
-gugup/kesukaran bertutur


No comments:

Post a Comment