Thursday, March 7, 2013

AKUPUNTURE SEMULA

Dah lama mama terpaksa berhentikan akupunture kakak di The Tole, KL. Dah hampir 2 tahun. Selama ni mama mencari juga tempat akupunture yang sesuai untuk kakak di johor bahru, sebab susah mama nak bawa kamu bertiga berulang alik dari jb ke kl...Charge yang dikenakan juga sangatlah mahal disana...

Rezeki Kakak lagi, selepas mama hantar abang ke tadika, tiba2 terdetik hati mama nak meronda mencari tempat akupunture untuk kakak. Mama pergi ke taman u...Jodoh kakak disitu rupanya.

Haarganya pun mampu untuk kami sediakan. Untuk sekali rawatan charge yang dikenakan hanya RM20, Manakala untuk ubat herba yang diberikan pula RM20. Ubat herba dibekalkan untuk 1minggu...Biasalah nama pun herba, bau dan rasanya hanya kakak sahaja yang tahu. Tapi kakak tak kisah pun...Kakak telan aje apa yang mama berikan!

Kali ke dua mama pergi, dokter sangat bermurah hati. Dia kata dia cuma charge kakak sebanyak RM40 sahaja untuk 3 sesi seminggu, bayaran termasuk untuk ubat herba sekali. Sangatlah murah....

#Sekali lagi kamu mempermudahkan rezekinya...Amin....

3 comments:

  1. kak, saya nak donate. tapi akaun maybank akak ni no xcukup 12 digit. boleh beri no akaun semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas keprihatinan. INI no accnya..151258620005 maybank . Sekadar DOA' pun sudah memadai buat kami.

      Delete
  2. Terima kasih atas keprihatinan. INI no accnya..151258620005 maybank. Sekadar DOA' pun sudah memadai buat kami.

    ReplyDelete