Cantik tak kerusi roda kakak?
Dokter rehab cadangkan kakak perlu menggunakan kerusi roda khas. Kerusi roda ni dapat menjaga struktur badan kakak. Supaya sentiasa tegak. Bimbang semakin lama dan bila kakak semakin besar, sekiranya kakak tidak duduk dengan betul, badan kakak boleh membengkok. Sekarang pun dah nampak bada kakak membengkok ke kanan. cuma tulang belakang kakak masih tegak. Yang menampakkan bengkok disebabkan hanya otot kakak disebelah kiri sahaja yang kuat.
Sebutharga yang mama terima kerusi roda kakak berharga RM3,500...Tunggu ye sayang, mama cuba mohon dulu dengan Tabung Bantuan Perubatan. Entah berapa bulan lagilah kakak, nak tunggu dapat kerusi ni. Tak pelah kita tunggu sahaja, kalau ada rezeki kakak adalah ye...
No comments:
Post a Comment