Sunday, August 14, 2011

Bermulalah Perjalanan Adik Dengan Ubat

Dr Mas terangkan ubat yang adik makan akan menyebabkan selera makan adik jadi berkurangan, mungkin akan menyebabkan loya dan muntah2. Tapi ubat ni tak akan menyebabkan adik akan bertambah gemuk, seperti ubat sawan yang lain. Sebab itu sebelum ini Dr Mas nak masukkan adik ke wad, Takut bila beri ubat sawan yang biasa seperti epilim, akan menyebabkan berat adik naik mendadak sedangkan adik dah obes. Bila perbincangan dengan pakar di HKL mereka ambil keputusan mencuba adik dengan ubat Topiramate 25mg. Banyak peringkat-peringkat ubat yaang adik perlu makan hinggalah mencecah maksimum iaitu 4 biji sehari.

Kesian adik, ubat yang perlu adik makan berbentuk kapsul. Mama perlu pecahkan dan terus masuk ke mulut adik, tanpa memberi adik air. Mesti pahitkan adik!

Alhamdulillah keputusan untuk kencing manis adik ok. Cuma mama perlu menantikan keputusan darah untuk otak adik. Dr Mas menjangkakan adik menjadi obes di sebabkan salah satu saraf di otak adik yang terjejas menjadikan berat badan adik naik mendadak. Untuk usia adik sekarang berat sepatutnya adalah 9 hingga 10kg. Tapi berat badan adik sekarang mencecah 15.5kg. Mama berdoa biarlah tekaan Dr Mas itu tidak betul, kerana kalau tidak adik perlu di rujuk ke Hospital Putrajaya.

Darah yang Dr ambil juga menunjukkan thyroid adik rendah, adik dibekalkan juga ubat levothyroxine yang perlu adik ambil 2 biji sehari. Ikut kata Dr Mas tak ada jaminan untuk adik berhenti makan ubat sawan. Tapi mungkin kita boleh tengok semula keadaan adik selepas 2 tahun adik makan ubat sawan.

Semuakan kuasa Allah. Insyaallah dik.....

No comments:

Post a Comment