Thursday, August 11, 2011

Mencuba Rawatan Alternatif

Mama rasa tiba masanya, mama perlu membawa adik menjalani rawatan alternatif, selain dari hospital. Mama juga tak pernah putus asa bawa adik ke cawangan2 perubatan islam darussyifa di johor bahru, mahupun di kg baru kl. Dah berapa banyak botol air penawar yang adik minum pun mama dah tak terkira. Keadaan adik masih sama. Adik selalu tersentak-sentak seperti terperanjat dan menangis setiap kali bangun tidur. Mama tahu adik sakit.

Mama terbaca tentang rawatan di The Tole Kuala Lumpur mengenai brain damage. Babah setuju bawa adik ke sana, tapi kerana kerja, babah tak dapat temani kita. Mama perlu jadi kuat kali ini, perrlu berdikari sendiri.

Mulalah perjalanan kita, menaiki keretapi ke Kuala Lumpur.Mulanya mama bimbang kesukaran yang bakal mama lalui dengan membawa abang, adik, bag dan stroller. Alhamdulillah, ada juga yang membantu menolak stroller dan mengangkatkan barang hingga ke katil. Sampai saja Tok ngah dan makcik2 adik dah tunggu depan pintu keretapi.

Terima kasih pada yang membantu, hanya Allah yang dapat membalasnya.

No comments:

Post a Comment