Mama dan Babah dah kumpulkan duit untuk rawatan adik di The Tole. Mama bercadang nak tinggal di Kuala Lumpur selama 2 minggu. Kalau diikutkan kata Master, kalau nak nampak kesan dengan cepat, adik perlu buat sebulan tanpa henti. Tapi kekangan kewangan membataskan usaha mama. Cukuplah untuk 2 minggu ni sahaja. Nanti mama usaha cari duit lebih lagi.
Adik dah semakin banyak bukak mata dari sebelum buat acupunture. Walaupun dr kata saraf penglihatan adik semakin pudar. Taapi mama harap saraf adik boleh pulih semula, atau setidaknya biarlah ia kekal sebegitu sekurang-kurangnya adik boleh melihat cahaya atau bayang2. Janganlah saraf adik pucat terus. Ukuran lilit kepala adik juga semakin bertambah. Ini bermakna otak adik berkembang.
Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan ku, Amin....
Hi mama Puteri, macam mana dgn keadaan puteri skrg?
ReplyDeleteSaya ni dari pihak TheTole yg mama dtg 2thn lepas. Secara xsengaja saya terjumpa blog mama dan dpt tahu yg puteri ada perkembangan yg baik sepjg sesi akupuntur kat TheTole. Agak sayang kalau mama berhenti rawatan kat TheTole.
Saya dpt tahu juga masalah kewangan yg sdg dihadapi semasa menerima rawatan di TheTole, oleh itu saya ingin berbincang dgn mama mengenai diskaun yg boleh pihak kami berikan. Syaratnya kalau mama boleh mengesyorkan rawatan TheTole kpd kawan mama yg mempunya anak cp atau keadaan yg lain. Jika mama dpt bawa ramai pesakit, kita boleh memberi rawatan percuma bagi Puteri.
Harap mama boleh bertimbang untuk kepentingan Puteri.
Terima kasih.
Tq the tole atas keperihatinan yg diberikan. Kami sememangnya dah mempunyai group untuk anak2 cp. Untuk rawatan alternatif juga telah kami masukkan nama the tole disana untuk dihubungi. Ada juga yg telah kesana.
DeleteSememangnya saya ingin menyambung rawatan disana. Kerana saya sendiri melihat perkembangan positif yg dialami oleh patient2 disana, termasuk anak saya iman.
Kalau harga yg diberikan berkemampuan bagi saya, sememagnya saya ingin menyambung kembali rawatan disana.
Email : biosnetsolution@gmail.com