Thursday, August 11, 2011

Rawatan Di The Tole



Sakit tak adi kena cucuk? Maaf sayang, semua yang mama buat untuk pulihkan adik. Insyaallah dengan izinNya.


Agak mahal juga pada mama rawatan acupuncture di The Tole ni. Konsultasi buat pertama kali RM120, rawatan untuk satu sesi RM35, setiap jarum yang digunakan RM2 x 4 jarum. Kerana adik dah berumur setahun adik memerlukan 2 sesi. Ubat jerba sepeket RM15. Setiap hari mama perlu peruntukkan perbelanjaan perubatan adik sebanyak RM103. Nasib baik rumah nyang di Dato' Keramat, bolehlah kita menumpang teduh dik, tak perlulah mama nak menyewa hotel. 


Kita buat seminggu dulu ye dik, kalau ok nanti kita datang lagi.
Terima kasih buat saudara yang sudi menemani dan menghantar setiap hari. Semua sayang adik.

3 comments:

  1. Salam,macamana dgn rawatan anak puan kat The Tole..ada perkembangan tak? Anak puan sakit ape ye?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Anak saya calebral palsy with cortical blind.
    Di the tole dah hampir 2thn saya berhentikan rawatan diatas faktor kekangan kewangan Dan mempunyai anak kecil. Tp sepanjang berubat disana ukur limit kepala dia membesar. Tp bila berhenti rawatan hingga sekarang Tak Ada perubahan, masih sama 40cm shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Puan, anak saya pun mengidap cortical blind..tetapi alhamdulillah sekarang anak saya dah boleh berjalan. saya cuma bawa anak saya berubat di kampung saya sahaja.

      Delete