Thursday, August 18, 2011

Terima Kasih Pada Yang Membantu


Semalam mama buat kek coklat, tapi yang jadi biskut coklat. Tapi rasanya sedap sangat. Kesian adik tak dapat nak makan. Tapi mama coletkan juga sikit kemulut adik, dapat jamah pun jadilahkan!

Mama lihat tabung sumbangan perubatan adik. Alhamdulillah, walaupun masih banyak yang perlu mama cari dan usahakan. Mama bersyukur ada yang sudi membantu. Berjuta terima kasih buat blogger eita dan ijad yang sudi berkongsi untuk membantu mendapatkan bantuan untuk adik. Ada juga diantara mereka yang mama tak tahu siapa yang memberi. Walaupun hanya 1 sen amat bermakna untuk mengubati sakit adik. Walaupun kenyataan untuk memulihkan adik seperti sediakala amat sukar. Dan tidak memungkinkan bagi pihak hospital. Namun mama tetap berusaha. Sekadar dapat menghilangkan sawan yang adik hadapi setiap hari pun mama dah bersyukur. Tak sanggup mama nak melihat hari-hari adik perlu menahan rasa pahit ubat yang mama berikan. Mama tak nak lihat anak mama hidup bergantung dengan ubat.

Terima kasih semua, walaupun hanya doa yang dapat diberikan pun amat bermakna buat kami sekeluarga! Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Monday, August 15, 2011

KL Hyperbaric Center

Dari kenalan baru di Fame kids mama dapat informasi mengenai terapi oksigen hyperbaric di KL Hyperbaric Centre. Terapi oksigen hyperbaric atau disebut juga HBOT dapat membatu dan juga menyampaikan oksigen ke saraf2 adik yang telah mati. Tapi mama harus mengumpul dulu duit untuk rawatan adik disana.

Babah dah hubungi KL Hyperbaric. Sekali rawatan sahaja RM250, tapi untuk warganegara adalah diskaun, tinggal RM200. Tapi rawatan perlu di lakukan selama 40 kali. Ini bermakna mama harus mengumpul sebanyak RM8,000. Ini belum lagi termasuk untuk pemeriksaan pertama adik, yang mama tak pasti berapa anggarannya. Setakat penginapan bolehlah juga mama menumpang di rumah Opah, di Flat Dato' Keramat. Walaupun terpaksa turun naik tangga 3 tingkat dengan meendukung adik dan abang, mama akan gagahi juga.

Mama harap, dengan terapi ini dapatlah membantu menyembuhkan dan memulihkan semula saraf2 adik. Paling tidak pun mama berharap tersentak-sentak adik yang dr sahkan adalah sejenis sawan iaitu salaam fit, boleh hilang. Pada siapa pun yang pernah melihat keadaan adik ketika kena sawan pun boleh melihat betapa sakitnya adik menangis, betapa kuatnya pekikan suara adik. Mungkin adik beritahu " TOLONG MAMA, ADIK SAKIT! " Wallahhuallam...hanya adik sahaja yang tahu.


Sunday, August 14, 2011

Bermulalah Perjalanan Adik Dengan Ubat

Dr Mas terangkan ubat yang adik makan akan menyebabkan selera makan adik jadi berkurangan, mungkin akan menyebabkan loya dan muntah2. Tapi ubat ni tak akan menyebabkan adik akan bertambah gemuk, seperti ubat sawan yang lain. Sebab itu sebelum ini Dr Mas nak masukkan adik ke wad, Takut bila beri ubat sawan yang biasa seperti epilim, akan menyebabkan berat adik naik mendadak sedangkan adik dah obes. Bila perbincangan dengan pakar di HKL mereka ambil keputusan mencuba adik dengan ubat Topiramate 25mg. Banyak peringkat-peringkat ubat yaang adik perlu makan hinggalah mencecah maksimum iaitu 4 biji sehari.

Kesian adik, ubat yang perlu adik makan berbentuk kapsul. Mama perlu pecahkan dan terus masuk ke mulut adik, tanpa memberi adik air. Mesti pahitkan adik!

Alhamdulillah keputusan untuk kencing manis adik ok. Cuma mama perlu menantikan keputusan darah untuk otak adik. Dr Mas menjangkakan adik menjadi obes di sebabkan salah satu saraf di otak adik yang terjejas menjadikan berat badan adik naik mendadak. Untuk usia adik sekarang berat sepatutnya adalah 9 hingga 10kg. Tapi berat badan adik sekarang mencecah 15.5kg. Mama berdoa biarlah tekaan Dr Mas itu tidak betul, kerana kalau tidak adik perlu di rujuk ke Hospital Putrajaya.

Darah yang Dr ambil juga menunjukkan thyroid adik rendah, adik dibekalkan juga ubat levothyroxine yang perlu adik ambil 2 biji sehari. Ikut kata Dr Mas tak ada jaminan untuk adik berhenti makan ubat sawan. Tapi mungkin kita boleh tengok semula keadaan adik selepas 2 tahun adik makan ubat sawan.

Semuakan kuasa Allah. Insyaallah dik.....

Ubat Sawan

Hari ni banyak darah adik yang perlu di ambil. Dr nak mulakan ubat sawan berdasarkan keputusan EEG yang diterima. Dr Mas nak tahan adik di wad. Tak sanggup mama nak laluinya lagi. Bukan bagaikan dah fobia untuk benarkan adik di tahan di wad lagi. Mama tahu segala yang terjadi bukan salah Dr, tapi dah itu memang takdirnya. Mama cuba mengelak, mama minta dr tangguhkan tuntuk membiarkan mama dan babah berbincang. Kalau adik masuk hospital siapa yang nak jaga abang? Sedangkan abang memang dah tak boleh berenggang dengan mama. Mama juga risau nanti berbagai lagi eksperimen yang dibuat atas adik. Awal2 dr dah kata setiap pagi dan malam dia akan ambil darah adik. Huh, tak tanggup mama.

Sampai saja di rumah mama hubungi Dr Tan di Pakar Puteri. Mungkin di hospital berbayar lebih senang. Lega hati mama bila Dr kata tak perlu pun nak tahan adik di wad, beri sahaja ubat dah cukup. Cuma adik perlu berjumpa dr setiap 1 minggu. Mama ambil keputusan, kalau setakat peruntukan RM200 hingga RM300 seminggu untuk perubatan adik mama akan cari. Namun untuk membenarkan adik masuk ke hospitaal semula tidak sama sekali.

Jam 5.00ptg mama dapat panggilan dari HSI, Dr Mas suruh mama datang esok pagi. Setelah dr pakar di HSI dan HKL berbincang adik tak perlu di masukkan ke wad.

Macam mana pun mama terpaksa membuat bayaran ke Pakar Puteri kerana ubat telah pun disiapkan. Tak apalah, nak buat macam mana.

Keputusan EEG

Adik, keputusan EEG Adik menunjukkan gelombang otak adik tidak normal. Adik perlu membuat ujian EEG kali ke-2, untuk pengesahan. Tapi mama tak sanggup nak tunggu tarikh temujanji yang diberikan, dan mama juga akan terpaksa menunggu keputusan yang akan mengambil masa sehingga 4 bulan. Sedangkan tersentak-sentak adik masih ada hingga sekarang. Mama ambil keputusan bawa adik melakukan ujian EEG di Hospital Pakar Puteri.

Proses yang sama adik perlu lalui di Pakar Puteri. Adik sekali lagi perlu di beri ubat tidur. Tapi yang mengusarkan mama, mama tak dapat nak menemani adik di dalam bilik ujian. Mama, babah dan abang setia menanti adik di luar. Setelah hampir 1 jam adik dipulangkan semula ke pangkuan mama. Adik masih lena, hinggakan terdengar dengkuran kecil adik.

Mama menunggu keputusan yang perlu di baca oleh DR Hasnahbi. Setelah 3 jam keputusan adik di hantar semula ke Dr Tan Pakar kanak-kanak di Pakar Puteri. Dr mengataakan keputusan adik tidak normal seperrti yang sepatutnya. Adik mengalami infantile spasm. Adik perlu bergantung dengan ubat. Dr Tan seakan-akan berhati-hati menerangkan tentang keputusan EEG adik. Mungkin dia takut Mama dan Babah akan bersedih. Bukan mama dan babah tak sedih, tapi bagaikan kami dah ada perisai tembok yang kukuh untuk menangkis kesedihan.

Siapa lagi yang akan menjadi kekuatan adik, kalau bukan mama dan babah!


Friday, August 12, 2011

Pindah Rumah

Adik, mama terpaksa behentikan sementara waktu rawatan adik di The Tole. Dah tiba masa kita berhijrah duduk sendiri. Kita sekeluarga dah lama sangat menumpang teduh di rumah Nenek dan Tok Mama. Dah tiba masa untuk babah dan mama berdikari sendiri. Walaupun kalau dikira kemampuan kita memang terbatas. Tapi mama percaya rezeki itu ada.

Sedih mama nak pindah, tak dapat mama sengkang air mata bila nak melangkah keluar dari rumah Tok Mama, Dah terlalu banyak yang di bantu. Kalau nak dihitung memang tak terbalas dan tak termampu untuk mama dan babah bayar semula.

Ya, Allah engkau dekatkanlah aku kepada mereka, Kau limpahkanlah perasaan kasih dan sayang ku. Agar aku tidak menyesal tatkala di tinggalkan mereka.

Adik Tumbuh Gigi

Lama dah mama tunggu, puas mama cari info pasal benih gigi. Bimbang jugak, bila baca anak cp ada masaalah dengan pertumbuhan gigi. Tak tahu kenapa pagi ni tergerak hati mama, ambil berus gigi abang gogok dekat gusi adik. Bila mama dah siap  mandikan adik, mama saja rasa gusi adik. Eh, gigi adik dah keluarlah...hehehe..gembiranya mama.
Alhamdulillah, adik tak macam abang. Kalau nak tumbuh gigi sampai demam, tapi adik biasa saja, merengek sikit2 saja.

Apalah adik ni risaukan mama aje tau, dah masuk 1 tahun 2 bulan baru nak tumbuh gigi. 2 batang belah bawah sekaliguss pulak tu. Tak sabar nak lihat perubahan wajah adik bila dah tumbuh gigi nanti.


Thursday, August 11, 2011

Tak Berkesan

Dah namanya perniagaan MLM, cerita tetap berkobar-kobar. Mungkin transfer factor ni tak serasi buat adik. Dah habis 1 botol ubat mama beri, tapi keadaan adik masih sama. Kalau diikutkan dari cerita si penjual, memang sangat tak masuk akal. Orang yang koma 2 bulan, bila beri transfer factor, esok terus sedar.

Tak apa, janji mama dah cubakan!

Transfer Factor

Adik, apa sahaja mama sanggup korbankan untuk cuba memulihkan adik. Apa juga yang orang kata baik mama akan mencuba. Kali ni usaha mama agak ragu2. Tapi mama pejamkan saja mata. Mama belikan adik 4life transfer factor. Harga untuk 1 Botol ubat dan 2 botol jus sahaja mama perlu bayar hampir RM 500. Ubat yang mama beli hanya bertahan untuk 2 minggu sahaja. Kalaulah betul ubat ni dapat hilangkan tersentak-sentak adik yang setiap hari ni, keluar berapa ribu pun mama tak kisah.

Fisioterapi Dan Terapi Cara Kerja

Adik, memang tak suka dengan aktiviti terapi. Setiap kali buat rawatan adik mesti menangis. Apa ye perasaan adik? Kalaulah mama boleh baca fikiran adik!

Adik perlu lebih rajin buat terapi dengan mama. Tak sanggup mama nak tunggu tarikh temujanji yang seterusnya. Mama faham, bukan adik sorang sahaja pesakit yang mereka kena jaga. Ramai lagi yang perlukan perkhidmatan mereka.
Hari ni adik kena pakai splint, En Dan kata kaki kanan adik ketat dan tak tegak.
Hari ini juga buat mama tergelak bila ada makcik dekat kedai makan tehur mama. " Dik kasut dia lagi satu mana?" Mama jawab " Memang dia pakai kasut sebelah saja!" apalah makcik tukan dik!

The Tole Lagi

Mama dan Babah dah kumpulkan duit untuk rawatan adik di The Tole. Mama bercadang nak tinggal di Kuala Lumpur selama 2 minggu. Kalau diikutkan kata Master, kalau nak nampak kesan dengan cepat, adik perlu buat sebulan tanpa henti. Tapi kekangan kewangan membataskan usaha mama. Cukuplah untuk 2 minggu ni sahaja. Nanti mama usaha cari duit lebih lagi.

Adik dah semakin banyak bukak mata dari sebelum buat acupunture. Walaupun dr kata saraf penglihatan adik semakin pudar. Taapi mama harap saraf adik boleh pulih semula, atau setidaknya biarlah ia kekal sebegitu sekurang-kurangnya adik boleh melihat cahaya atau bayang2. Janganlah saraf adik pucat terus. Ukuran lilit kepala adik juga semakin bertambah. Ini bermakna otak adik berkembang.

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan ku, Amin....

Rawatan Di The Tole



Sakit tak adi kena cucuk? Maaf sayang, semua yang mama buat untuk pulihkan adik. Insyaallah dengan izinNya.


Agak mahal juga pada mama rawatan acupuncture di The Tole ni. Konsultasi buat pertama kali RM120, rawatan untuk satu sesi RM35, setiap jarum yang digunakan RM2 x 4 jarum. Kerana adik dah berumur setahun adik memerlukan 2 sesi. Ubat jerba sepeket RM15. Setiap hari mama perlu peruntukkan perbelanjaan perubatan adik sebanyak RM103. Nasib baik rumah nyang di Dato' Keramat, bolehlah kita menumpang teduh dik, tak perlulah mama nak menyewa hotel. 


Kita buat seminggu dulu ye dik, kalau ok nanti kita datang lagi.
Terima kasih buat saudara yang sudi menemani dan menghantar setiap hari. Semua sayang adik.

Mencuba Rawatan Alternatif

Mama rasa tiba masanya, mama perlu membawa adik menjalani rawatan alternatif, selain dari hospital. Mama juga tak pernah putus asa bawa adik ke cawangan2 perubatan islam darussyifa di johor bahru, mahupun di kg baru kl. Dah berapa banyak botol air penawar yang adik minum pun mama dah tak terkira. Keadaan adik masih sama. Adik selalu tersentak-sentak seperti terperanjat dan menangis setiap kali bangun tidur. Mama tahu adik sakit.

Mama terbaca tentang rawatan di The Tole Kuala Lumpur mengenai brain damage. Babah setuju bawa adik ke sana, tapi kerana kerja, babah tak dapat temani kita. Mama perlu jadi kuat kali ini, perrlu berdikari sendiri.

Mulalah perjalanan kita, menaiki keretapi ke Kuala Lumpur.Mulanya mama bimbang kesukaran yang bakal mama lalui dengan membawa abang, adik, bag dan stroller. Alhamdulillah, ada juga yang membantu menolak stroller dan mengangkatkan barang hingga ke katil. Sampai saja Tok ngah dan makcik2 adik dah tunggu depan pintu keretapi.

Terima kasih pada yang membantu, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Alhamdulillah, adik diberikan kesihatan!

Adik, mama bersyukur sangat, usia adik dah masuk 1 tahun. Alhamdulillah, adik sentiasa sihat, berat badan adik pun semakin naik mendadak. Sekarang berat adik dah 14kg. Huh...lenguh tangan mama nak angkat adik. Masa abang kena sakit kaki tangan dan mulut nasib baik adik tak mengjangkit. Antibodi adik kuat agaknya. Maklumlah 21 hari adik diberi ubat antibiotik ketika di nicu. Hari2 adik dilalui dengan pantas sekali, hampir mama tak sangka usia adik dah masuk 1 tahun. Mama rasakan seperti adik masih bayi lagi. Tapi bila adik bersama rakan sebaya adik, mama lihat dengan ketara perbezaan adik. Adik hanya diam, tak aktif seperti usia yang sepatutnya. Adik cuma tahu menangis bila lapar dan tak selesa.


MRI Di Pakar Puteri Hospital

Alhamdulillah, rezeki adik. Dapatlah mama bawa adik ke Pakar Puteri. Adik pun tak perlu tunggu lama sebab achik kerja di sana. Sampai saja adik di masukkan jarum ke tangan, takut terjadi apa2. Adik diberikan ubat tidur syrup. Seperti biasa adik tidur tapi tetap bergerak.

Adik dimasukkan dlm mesin MRI. Tapi kali ni adik tak keseorangan, mama dapat teman adik. Ya Allah, patutlah adik tak selesa, bunyi mesin sangat kuat. Mama yang pakai penutup teringa pun masih boleh dengar, inikan pula adik. Tak sampai pun 1 jam selesai Mri adik.

Keputusan MRI tiba ditangan mama, mama tanya achik apa keputusannya. Achik kata Dr tan nak cakap, biar dr di HSI yang terangkan nanti. Sampai saja di kereta achik telefon mama kata Dr nak jumpa. Berderau darah mama serta merta.

Apa yang dr katakan amat memilukan hati mama. Mama cuba sekang air mata, tapi tetap mengalir, staff2 puteri yang lain terhenti melihat mama mendengar penerangan dr. Dr kata, ikut imbasan sagala kepeluan adik sehingga dewasa perlukan pertolongan, pengurusan diri semua memerlukan bantuan. Makan pun nanti adik kena guna tiub.

Benarkah apa yang mama dengar sayang? Mama tak sanggup nak terangkan pada Babah yang setia menunggu mama di kereta. Mama dan babah menangis, tapi kami redha dan bersyukur di atas kurniaannya.

Semoga hari esok masih ada sinar buat adik. Ini semua kerja Allah, dia tahu yang mana terbaik buat kita semua.


Wednesday, August 10, 2011

MRI Adik

Tiba tarikh adik kena buat ujian MRI, di Hsi....seperti yang mama jangkakan, adik tak akan serasi dengan ubat tidur yang dr berikan, dos yang diberikan dah paling tinggi untuk udia adik. Minum sudah, suntik pun sudah. Tapi adik tetap bergerak. Kalau difikirkan pun tidur mestilah bergerakkan? bukannya pDiorang minta mama dan babah pulang, datang lain kali dan nanti akan diberikan bius pula. Dalam pemikiran mama kenapa tak boleh tunggu masa yang lebih lama. Mama tahu mereka sibuk nak rehat, dia tak fikir ke keadaan adik yang dah macam2 mereka buat tadi?

Mama dan babah buat keputusan buat MRI adik di Hospital Pakar Puteri, biarlah mahal, janji adik tak perlu dibius. Duit Insyaallah mama dan babah boleh cari!

Tahun Yang Banyak Cerita

Terlalu banyak yang mama tak berkesempatan nak bercerita kisah adik.

Adik tahu tak tahun ini, tahun yang penuh dengan kegembiraan dan tangisan buat mama. Uncle poon kahwin, achik kahwin, adik lahir, kemudian ujian demi ujian datang buat mama dan babah. 2 Minggu adik lahir adik sakit,  kesihatan atuk pun semakin merosot sejak bulan puasa. 2 minggu sebelum raya atuk masuk wad, sesak nafas.
Dan tarikh ini, saat orang bercuti berehat atau beriadah bersama keluarga Mama sekeluarga menyambut kepulangan atuk tanpa bernyawa lagi. Atuk dah tak ada adik. 16 September 2010.

Malam tu mama,babah,abg dan adik sibuk beraya di rumah kawan babah. Kalaulah mama tahu itu hari terakhir bersama atuk, tak akan sedetik pun mama berenggang dengan atuk. Atuk sibuk nak pegang adik sejak 2 minggu sebelum atuk nak tinggalkan kita. Atuk akan dukung adik, bila mama buat kerja, walaupun sebelah tangan atuk tak boleh nak dukung adik disebabkan dialysis yang atuk jalani hampir 5 tahun. Atuk sempat tandakan mama ayat2 yang perlu dibacakan di dalam buku darussyifa .

Adik juga seakan faham atuk nak pergi....adik juga kerap menangis. Mungkin adik sudah tahu. Tinggallah kita dik. Atuk dah tak ada lagi nak bacakan ayat2 di ubun kepala adik.

Mama rindu atuk dik. Al-fatihah buat arwah ayah Ahmad Bin Hitam.


Tuesday, August 9, 2011

Kenapa Adik?

Hari ni atuk, nenek, achik dan semua family mama pergi menghantar achik bertandang ke rumah pokcik di kelantan. Hasrat mama nak ikut tak kesampaian. Atuk marah mama nak ikut, hehehe....mama rasa adik dah cukup sihat.

Pagi2 mak yah dah datang mengurut mama, hari ni hari akhir mama berurut. Tiba2 adik menjerit dan menangis, bagaikan adik terkejutkan sesuatu. Puas mama bedung adik, tapi adik tetap sama. Mak yah hampir tak dapat urut mama. Dia pun tak sampai hati lihat adik macam tu. Dia urut2 badan adik, tapi adik hanya diam sebentar saja. 20 minit nanti adik terkejut semula. Mak yah nampak gelang benang merah yang mama pakaikan ddi tangan adik. Mak yah suruh mama tanggal, dia kata warnaa merahkan syaitan suka, dia buat mainlah.

Mama dapat pun dari seseorang yang di panggil mak halus. Dia memang selalu ubat budak yang kena sawan. Bila mak yah cakap macam tu mama terus cabut. Tapi keadaan adik tetap sama.

Dah seharian adik terperanjat dan menangis. Macam2 orang yang mama dah jumpa. Sampailah seseorang yang agak ragu2 mama nak jumpa....
Mama pergi pun atas, cadangan seorang kenalan. Masuk saja dirumahnya, mama nampak macam ada yang tak kena. Beginikah orang yang nak mengubati adik? Seorang perempuan berambut perang, berseluar pendek, kuku berwarna....tapi dah masuk mama nak buat macam mana. Dia ambil buku, dia tanya mama tarikh lahir dan nama adik. Memang dia ada membaca ayat al-Quran, tapi begitukah gaya dia? Dia bawa adik naik keatas dan urut adik. Bila siap semuanya, dia bacakan air yang mama bawa. Dia kata adik istimewa, adik jatuh no 9. Orang no 9 memang selalu sakit, hidup pun tak panjang...."Ya Allah, tuhankah dia?" Adik boleh nampak benda2 yg orang tak boleh nampak. Kata dia " Jgn terperanjat kalau besar nanti adik akan cakap adik nampak benda2 yang pelik."

Kata2 yang paling mama dan babah tak terima bila dia kata, Kalau balik ni dia tak ok juga, dah tak perlu bawa pergi berubat mana2. Memang sakit dia tak ada ubatnya"....huh...manusia2...

Doa mama, minta hari esok adik lebih membaik.

Adik Achik Kahwin

Adik, hari ni achik kahwin, naib baik adik dah bertambah sihat, mama ni pun baru nak habis pantang. Mama belikan adik baju warna putih. Walaupun adik masih kurang aktif mama nak jugak nampak adik cantik.

Kesian achik, atuk dan nenek, semua dah macam hilang semangat nak buat majlis kahwin. Sampai achik pernah cakap dengan mama, rasa macam dah tak nak buat majlis dah. Adik memang semangat buat semua. Adik memang ujian besar buat keluarga.

Mama letak adik di luar, ramai yang hadir tanya tentang adik. Ramai juga yang memberi wang untuk adik. Rezeki adikkan. Lekuk di kepala adik terlalu ketara, bagaikan adik memakai cekak rambut pulak. Tapi adik tetap cantik.

Senang hati mama hari ni, semua gembira, ceria....rasanya cukuplah semalam kita semua menangis!

Monday, August 8, 2011

EEG Di Hsa

Hari ni temujanji adik untuk buat ujian eeg, kesian lihat adik kena minum ubat tidur. Adik tahan ubat di tekak adik, terdengar bunyi seakan sukar adik bernafas. Lama juga nak tunggu adik tidur, bila dah tidur pun sekali sekali adik tetap jugak bergerak. Kuat jugak adik nikan!

Gambar yang berjaya mama ambil! Sejukkan adik!

Lamanya nak tunggu keputusan eeg adik, kena tunggu hampir 4 bulan baru boleh dapat keputusan. Nak buat macam manakan, nama pun kerajaan, perlu kita memahami. Ujian adik perlu di hantar ke HKL untuk di baca.  Mama tanya juga pada org yg buat ujian adik tu, dia kata dia tak pandai sangat nak baca, tapi dari pemerhatian dia ada gelombang sikit dari ujian tu, So kalau ada gelombang graf yang tinggi bermakna adik ada epilepsi nama melayunya sakit sawan.

Apa juga keputusan yang tiba nanti mama redha sayang, adik ada disisi mama ni pun mama dah cukup bersyukur.

Mama Kembali Berpantang

Dah genap 21 hari adik tinggal di hospital, mama tak sempat nak mengurus diri, apatah lagi berpantang. Kengkadang mama lupa saat mama sampai bentan masa menjaga adik di hospital.

Hari ni mama nak sambung berurut, adik pun tak banyak ragam sepanjang pulang ke rumah. Keadaan adik sama saja seperti adik baru lahir dulu, cuma adik sedikit berat. Berat adik pun dah 4kg. Cuma kepala adik berlekuk, bekas dari kepala adik yang membesar kitika di nicu dulu. Dr kata nanti bila besar nanti lekuk di kepala adik akan hilang. Insyaallah....

Banyak juga tarikh temujanji yg berlu mama ingat utk adik, speech terapi, ortho, mri, eeg dan lain2.
Kesian babah kena banyak korbankan masa kerja dia untuk adik. Minta2lah tempat kerja babah faham situasi kita ye sayang!

Hari Pertama Adik Kembali Ke Rumah

Saat yg mama nantikan tiba juga, adik pulang ke rumah. Alhamdulillah adik balik dengan warna, bukan seperti yg mama bayangkan sebelum ini. Sebelum pulang lagi sekali ujian buat adik perlu dilakukan. Ujian pendengaran, untuk melihat sama ada pendengaran adik ok atau tidak. Graf adik menaik, untuk telinga kiri dan juga kanan. Alhamdulillah.

Cuma terkilan sedekit hati babah dan mama bila terkenangkan kata seorang Dr sebelum adik pulang.
" Ayah taukan anak ayah mcm mana? Bila otak dia dah rosak so dia akan rosak so dah tak boleh buat apa!" (panggilan ayah utk bapa besakit) Kata2 Dr seolah-olah, adik tu dah tak ada harapan langsung. Bukankah kita boleh berusaha. Allah pun dah kata tiada ubat selain mati. Insyaallah adik, mama dan babah tak akan jemu untuk memulihkan adik. Walaupun adik tak boleh sesempurna macam orang lain, asalkan adik boleh menguruskan diri sendiri pun dah cukup buat mama dan babah.

" Mama tak berani nak bedakkan muka adik, bila bedak muka adik nampak pucat!" Kita balik ye sayang!


Lagi Berita Gembira

"Mama kita tengok lagi 2 hari kalau ok puteri dah boleh balik"
Alhamdulillah..cuma itu yg mampu mama ucapkan.

Datang sorang MO yg baru menegur sambil melihat adik. " Saya selalu dengar cerita pasal Puteri, semua org cerita pasal dia." Mama terpinga, tak paham maksud Mo tu.
Essoknya MO datang datang lagi. Baru mama faham maksud MO. Rupanya semua memang tak sangka adik boleh survive. Tangan dan kaki kiri adik yg dulu mati juga dah boleh bergerak semula. Daya hisapan adik juga dah mula semakin kuat. Syukur paya Allah dik.

Ini baru sedikit ujian yang diberikan kepada kita sayang!