Thursday, September 15, 2011

Ubat Sawan Baru

Pagi2 lagi mama kena bangun. Nasib baik abang tak meragam nak ikut mama..Hari ni jugalah MBJB nak interview mama untuk kedai di majidi. Mama terpaksa mengejar masa. Sedangkan mama kena bawa adik berjumpa dengan pakat DR Hussein Pakari Neuro dari KL sebelum jam 12tgh.

Tunggu punya tunggu, giliran mama no 11...jam dah pukul 10.15pagi tapi baru giliran yang ke 4...Mama jadi resah, tapi masih sabar. Sempatlah juga mama berbual dengan orang yang sama menunggu dengan mama, jadi hilanglah juga bosan yang melanda menunggu giliran dari jam 9.00pagi. "No. 10 dan 11 masuk"..Alhamdulillah..akhirnya, tapi masih diruangan menunggu, tapi di dalam pula. Sambil menunggu mama bertanya kepada pegawai yang dikaunter mengenai status kedai mama. Tiba2 mama jadi sakit hati dan geram." Maaf kak yang kita panggil temuduga ni bukan untuk kedai di KDSM, tapi gerai taman bunga Ros"...Apalah diorang ni..tak tengok ke alamat yang mama mohon...terang2 tulis Kg. Dato Sulaiman Menteri....Dia kata lain kali akak tulislah KDSM...huh!

Nak marah pun tak guna, masa mama dah lama terbuang disana. Mama kena pula berkejar ambil adik, untuk bawa ke HSI. Dalam hati mama minta2lah sempat...

Alhamdulillah, rezeki adik...mama sampai di HSI tepat jam 12tgh. Mama jumpa dengan Pakar Neuro Dr Hussein. Setelah berbincang Dr mencadangkan adik ditukarkan ubat sawan Clonazepam. Susah juga nak sebut ya! Mama tanya juga pengalaman DR seperti kes adik..Dan sama juga seperti yang DR lain cakap sebelum ni...Tiada harapan untuk memulihkan adik..Peluang adik untuk berdikari juga bagaikan tidak mungkin dari apa yang dr lihat dari keputusan MRI sebelum ini.

Dr juga tidak mencadangkan mama melakukan terapi oksigen yang mama ingin lakukan di KL Hyperbaric. Dr juga ada menerangkan maybe boleh menyebabkan toksik pula. Maknanya mama perlu berfikir semula....Dana sumbangan adik juga dah terkumpul walaupun masih tak sampai suku dari jumlah yang mama perlukan. Seandainya, mama tak lakukan terapi oksigen..mama akan gunakan dana yang terkumpul untuk meneruskan Accupunture adik di The Tole, yang sememangnya mama ada nampak perubahan adik. Dari adik selalu pejam mata..sekarang dah kerap buka mata...

Mama bercadang bila cukup kewangan untuk rawatan selama sebulan tanpa henti mama akan memulakan semula accupunture adik. Jadi akan bermulalah kembali episode kita 3 beranak berhijrah ke KL.

Tinggallah babah ye!

# Semoga mama dapat jalan penyelesaian dalam masa terdekat ini untuk membuat keputusan yang terbaik untuk adik. Amin........

Tuesday, September 13, 2011

Fit Adik Kerap Semula

10hb September 2011
Subuh-subuh lagi adik dah dipaksa mandi. Ada majlis perkahwinan Pakcik Shafik di Shah Alam. Seperti biasa adik memang tak banyak ragam. Cuma sukar mama nak paksa abang mandi. Meraung satu taman boleh dengar. Kalaulah adik juga seperti abang, mesti adik juga meraung sama.

Ramai yang bertanya dan geram dengan adik..Maklumlah adikkan gebu..hahaha...Tak kurang juga yang bersimpati dengan kisah adik. Ada juga diantara mereka yang memberi kata semangat buat mama dan babah. Teringat saat bercerita dengan Pak Cu....Mama sekang air mata mama. Hati mama merintih menangis.

* ramai betul peminat adik ni..hehehe

Esok ada temujanji adik dengan pakar neuro dari Kuala Lumpur. Mama harap adalah jalan penyelesaian untuk menghilangkan fit adik. Ubat topiramate yang adik makan tak berkesan langsung, semakin teruk pula jadinya. Hampir setiap kali terjaga adik akan kena fit. Tersentak adik juga semakin kuat. Buatkan haati mama semakin risau. Ubat homeopathhy juga dah dua jenis DR tukarkan, keadaan adik tetap sama. Mungkin belum jumpa yang serasi dengan adik.

*Ya' Allah kau permudahkanlah jalan kami untuk menyembuhkan penyakit Puteri kecil ku ini!

Wednesday, September 7, 2011

Thyroid Adik Dah Normal

Alhamdulillah...Dr Mas telefon mama, beritahu keputusan thyroid adik dah balik normal. Tapi buat masa ni adik masih perlu teruskan makan ubat thyroxin cuma dos dah dikurangkan dari 50mg ke 25mg sahaja. Temujanji akan datang nanti kena ambil darah lagi sekali.Minta2lah, boleh stopkan terus ubat adik tu. So adik tinggal makan ubat sawan saja nanti.

15hb September ni adik diantara pesakit yang terpilih kena jumpa pakar Neuro dari Kuala lumpur, so kena berkampunglah di HSI. Tak tahulah giliran adik pukul berapa, sebab setahu mama nama adik giliran yang ke 15 dan juga orang yang terakhir diselitkan. Mama harap mama mendapat lebih input selepas jumpa pakar Neuro tu nanti.

Pencarian mama juga berakhir, bila pakar terapi hubungi mama. Insyaallah mula bulan depan akan ada pakar terapi datang ke rumah. Kalau nak harapkan hospital 2 bulan sekalilah baru dapat temujanji. 1 jam terapi akan kenakan bayaran sebanyak RM80. Jadi mula sekarang mama kena ketepikan seminggu RM80 untuk adik. Peralatan pun terapi yang akan sediakan dan bawa..Jadi tak perlulah mama nak sediakan. Barang untuk terapi pun dahlah agak mahal.

Semoga perjalanan kita sekeluarga di permudahkan dan dimurahkan rezeki ye sayang..Amin!

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya

Tahun ni raya ke-2 buat adik. Alahamdulillah adik tak banyak ragam...Macam biasalah rutin harian adik..tidur aje...Kesian mama lihat adik keletihan dialih diusung kesana ke sini. Tak pelah dik, rayakan setahun sekali....

Raya ni tahun pertama juga buat mama tanpa atuk disisi. Sayu hati mama bila dengar takbir. Semoga roh atuk ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Terima kasih buat makcik2 dan pakcik2 adik yang sudi datang dari kuala lumpur untuk beraya di Johor Bahru tahun ni. Tak terasalah sangat kekosongan setelah atuk tiada. Nenek pun tak bersedih sangat. Achik pula kena tahan di hospital pada raya ke-4. Semoga achik cepat sembuh, abang dah lama tunggu achik gorengkan ayam yang achik dah perapkan tu!

Selamat hari raya adik! Mama mohon maaf diatas segala kesilapan dan kekurangan mama sepanjang membesarkan adik. Semoga masih ada hari esok untuk kita sama-sama menyambut hari kemenangan ini.

Thursday, August 18, 2011

Terima Kasih Pada Yang Membantu


Semalam mama buat kek coklat, tapi yang jadi biskut coklat. Tapi rasanya sedap sangat. Kesian adik tak dapat nak makan. Tapi mama coletkan juga sikit kemulut adik, dapat jamah pun jadilahkan!

Mama lihat tabung sumbangan perubatan adik. Alhamdulillah, walaupun masih banyak yang perlu mama cari dan usahakan. Mama bersyukur ada yang sudi membantu. Berjuta terima kasih buat blogger eita dan ijad yang sudi berkongsi untuk membantu mendapatkan bantuan untuk adik. Ada juga diantara mereka yang mama tak tahu siapa yang memberi. Walaupun hanya 1 sen amat bermakna untuk mengubati sakit adik. Walaupun kenyataan untuk memulihkan adik seperti sediakala amat sukar. Dan tidak memungkinkan bagi pihak hospital. Namun mama tetap berusaha. Sekadar dapat menghilangkan sawan yang adik hadapi setiap hari pun mama dah bersyukur. Tak sanggup mama nak melihat hari-hari adik perlu menahan rasa pahit ubat yang mama berikan. Mama tak nak lihat anak mama hidup bergantung dengan ubat.

Terima kasih semua, walaupun hanya doa yang dapat diberikan pun amat bermakna buat kami sekeluarga! Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Monday, August 15, 2011

KL Hyperbaric Center

Dari kenalan baru di Fame kids mama dapat informasi mengenai terapi oksigen hyperbaric di KL Hyperbaric Centre. Terapi oksigen hyperbaric atau disebut juga HBOT dapat membatu dan juga menyampaikan oksigen ke saraf2 adik yang telah mati. Tapi mama harus mengumpul dulu duit untuk rawatan adik disana.

Babah dah hubungi KL Hyperbaric. Sekali rawatan sahaja RM250, tapi untuk warganegara adalah diskaun, tinggal RM200. Tapi rawatan perlu di lakukan selama 40 kali. Ini bermakna mama harus mengumpul sebanyak RM8,000. Ini belum lagi termasuk untuk pemeriksaan pertama adik, yang mama tak pasti berapa anggarannya. Setakat penginapan bolehlah juga mama menumpang di rumah Opah, di Flat Dato' Keramat. Walaupun terpaksa turun naik tangga 3 tingkat dengan meendukung adik dan abang, mama akan gagahi juga.

Mama harap, dengan terapi ini dapatlah membantu menyembuhkan dan memulihkan semula saraf2 adik. Paling tidak pun mama berharap tersentak-sentak adik yang dr sahkan adalah sejenis sawan iaitu salaam fit, boleh hilang. Pada siapa pun yang pernah melihat keadaan adik ketika kena sawan pun boleh melihat betapa sakitnya adik menangis, betapa kuatnya pekikan suara adik. Mungkin adik beritahu " TOLONG MAMA, ADIK SAKIT! " Wallahhuallam...hanya adik sahaja yang tahu.


Sunday, August 14, 2011

Bermulalah Perjalanan Adik Dengan Ubat

Dr Mas terangkan ubat yang adik makan akan menyebabkan selera makan adik jadi berkurangan, mungkin akan menyebabkan loya dan muntah2. Tapi ubat ni tak akan menyebabkan adik akan bertambah gemuk, seperti ubat sawan yang lain. Sebab itu sebelum ini Dr Mas nak masukkan adik ke wad, Takut bila beri ubat sawan yang biasa seperti epilim, akan menyebabkan berat adik naik mendadak sedangkan adik dah obes. Bila perbincangan dengan pakar di HKL mereka ambil keputusan mencuba adik dengan ubat Topiramate 25mg. Banyak peringkat-peringkat ubat yaang adik perlu makan hinggalah mencecah maksimum iaitu 4 biji sehari.

Kesian adik, ubat yang perlu adik makan berbentuk kapsul. Mama perlu pecahkan dan terus masuk ke mulut adik, tanpa memberi adik air. Mesti pahitkan adik!

Alhamdulillah keputusan untuk kencing manis adik ok. Cuma mama perlu menantikan keputusan darah untuk otak adik. Dr Mas menjangkakan adik menjadi obes di sebabkan salah satu saraf di otak adik yang terjejas menjadikan berat badan adik naik mendadak. Untuk usia adik sekarang berat sepatutnya adalah 9 hingga 10kg. Tapi berat badan adik sekarang mencecah 15.5kg. Mama berdoa biarlah tekaan Dr Mas itu tidak betul, kerana kalau tidak adik perlu di rujuk ke Hospital Putrajaya.

Darah yang Dr ambil juga menunjukkan thyroid adik rendah, adik dibekalkan juga ubat levothyroxine yang perlu adik ambil 2 biji sehari. Ikut kata Dr Mas tak ada jaminan untuk adik berhenti makan ubat sawan. Tapi mungkin kita boleh tengok semula keadaan adik selepas 2 tahun adik makan ubat sawan.

Semuakan kuasa Allah. Insyaallah dik.....

Ubat Sawan

Hari ni banyak darah adik yang perlu di ambil. Dr nak mulakan ubat sawan berdasarkan keputusan EEG yang diterima. Dr Mas nak tahan adik di wad. Tak sanggup mama nak laluinya lagi. Bukan bagaikan dah fobia untuk benarkan adik di tahan di wad lagi. Mama tahu segala yang terjadi bukan salah Dr, tapi dah itu memang takdirnya. Mama cuba mengelak, mama minta dr tangguhkan tuntuk membiarkan mama dan babah berbincang. Kalau adik masuk hospital siapa yang nak jaga abang? Sedangkan abang memang dah tak boleh berenggang dengan mama. Mama juga risau nanti berbagai lagi eksperimen yang dibuat atas adik. Awal2 dr dah kata setiap pagi dan malam dia akan ambil darah adik. Huh, tak tanggup mama.

Sampai saja di rumah mama hubungi Dr Tan di Pakar Puteri. Mungkin di hospital berbayar lebih senang. Lega hati mama bila Dr kata tak perlu pun nak tahan adik di wad, beri sahaja ubat dah cukup. Cuma adik perlu berjumpa dr setiap 1 minggu. Mama ambil keputusan, kalau setakat peruntukan RM200 hingga RM300 seminggu untuk perubatan adik mama akan cari. Namun untuk membenarkan adik masuk ke hospitaal semula tidak sama sekali.

Jam 5.00ptg mama dapat panggilan dari HSI, Dr Mas suruh mama datang esok pagi. Setelah dr pakar di HSI dan HKL berbincang adik tak perlu di masukkan ke wad.

Macam mana pun mama terpaksa membuat bayaran ke Pakar Puteri kerana ubat telah pun disiapkan. Tak apalah, nak buat macam mana.

Keputusan EEG

Adik, keputusan EEG Adik menunjukkan gelombang otak adik tidak normal. Adik perlu membuat ujian EEG kali ke-2, untuk pengesahan. Tapi mama tak sanggup nak tunggu tarikh temujanji yang diberikan, dan mama juga akan terpaksa menunggu keputusan yang akan mengambil masa sehingga 4 bulan. Sedangkan tersentak-sentak adik masih ada hingga sekarang. Mama ambil keputusan bawa adik melakukan ujian EEG di Hospital Pakar Puteri.

Proses yang sama adik perlu lalui di Pakar Puteri. Adik sekali lagi perlu di beri ubat tidur. Tapi yang mengusarkan mama, mama tak dapat nak menemani adik di dalam bilik ujian. Mama, babah dan abang setia menanti adik di luar. Setelah hampir 1 jam adik dipulangkan semula ke pangkuan mama. Adik masih lena, hinggakan terdengar dengkuran kecil adik.

Mama menunggu keputusan yang perlu di baca oleh DR Hasnahbi. Setelah 3 jam keputusan adik di hantar semula ke Dr Tan Pakar kanak-kanak di Pakar Puteri. Dr mengataakan keputusan adik tidak normal seperrti yang sepatutnya. Adik mengalami infantile spasm. Adik perlu bergantung dengan ubat. Dr Tan seakan-akan berhati-hati menerangkan tentang keputusan EEG adik. Mungkin dia takut Mama dan Babah akan bersedih. Bukan mama dan babah tak sedih, tapi bagaikan kami dah ada perisai tembok yang kukuh untuk menangkis kesedihan.

Siapa lagi yang akan menjadi kekuatan adik, kalau bukan mama dan babah!


Friday, August 12, 2011

Pindah Rumah

Adik, mama terpaksa behentikan sementara waktu rawatan adik di The Tole. Dah tiba masa kita berhijrah duduk sendiri. Kita sekeluarga dah lama sangat menumpang teduh di rumah Nenek dan Tok Mama. Dah tiba masa untuk babah dan mama berdikari sendiri. Walaupun kalau dikira kemampuan kita memang terbatas. Tapi mama percaya rezeki itu ada.

Sedih mama nak pindah, tak dapat mama sengkang air mata bila nak melangkah keluar dari rumah Tok Mama, Dah terlalu banyak yang di bantu. Kalau nak dihitung memang tak terbalas dan tak termampu untuk mama dan babah bayar semula.

Ya, Allah engkau dekatkanlah aku kepada mereka, Kau limpahkanlah perasaan kasih dan sayang ku. Agar aku tidak menyesal tatkala di tinggalkan mereka.

Adik Tumbuh Gigi

Lama dah mama tunggu, puas mama cari info pasal benih gigi. Bimbang jugak, bila baca anak cp ada masaalah dengan pertumbuhan gigi. Tak tahu kenapa pagi ni tergerak hati mama, ambil berus gigi abang gogok dekat gusi adik. Bila mama dah siap  mandikan adik, mama saja rasa gusi adik. Eh, gigi adik dah keluarlah...hehehe..gembiranya mama.
Alhamdulillah, adik tak macam abang. Kalau nak tumbuh gigi sampai demam, tapi adik biasa saja, merengek sikit2 saja.

Apalah adik ni risaukan mama aje tau, dah masuk 1 tahun 2 bulan baru nak tumbuh gigi. 2 batang belah bawah sekaliguss pulak tu. Tak sabar nak lihat perubahan wajah adik bila dah tumbuh gigi nanti.


Thursday, August 11, 2011

Tak Berkesan

Dah namanya perniagaan MLM, cerita tetap berkobar-kobar. Mungkin transfer factor ni tak serasi buat adik. Dah habis 1 botol ubat mama beri, tapi keadaan adik masih sama. Kalau diikutkan dari cerita si penjual, memang sangat tak masuk akal. Orang yang koma 2 bulan, bila beri transfer factor, esok terus sedar.

Tak apa, janji mama dah cubakan!

Transfer Factor

Adik, apa sahaja mama sanggup korbankan untuk cuba memulihkan adik. Apa juga yang orang kata baik mama akan mencuba. Kali ni usaha mama agak ragu2. Tapi mama pejamkan saja mata. Mama belikan adik 4life transfer factor. Harga untuk 1 Botol ubat dan 2 botol jus sahaja mama perlu bayar hampir RM 500. Ubat yang mama beli hanya bertahan untuk 2 minggu sahaja. Kalaulah betul ubat ni dapat hilangkan tersentak-sentak adik yang setiap hari ni, keluar berapa ribu pun mama tak kisah.

Fisioterapi Dan Terapi Cara Kerja

Adik, memang tak suka dengan aktiviti terapi. Setiap kali buat rawatan adik mesti menangis. Apa ye perasaan adik? Kalaulah mama boleh baca fikiran adik!

Adik perlu lebih rajin buat terapi dengan mama. Tak sanggup mama nak tunggu tarikh temujanji yang seterusnya. Mama faham, bukan adik sorang sahaja pesakit yang mereka kena jaga. Ramai lagi yang perlukan perkhidmatan mereka.
Hari ni adik kena pakai splint, En Dan kata kaki kanan adik ketat dan tak tegak.
Hari ini juga buat mama tergelak bila ada makcik dekat kedai makan tehur mama. " Dik kasut dia lagi satu mana?" Mama jawab " Memang dia pakai kasut sebelah saja!" apalah makcik tukan dik!

The Tole Lagi

Mama dan Babah dah kumpulkan duit untuk rawatan adik di The Tole. Mama bercadang nak tinggal di Kuala Lumpur selama 2 minggu. Kalau diikutkan kata Master, kalau nak nampak kesan dengan cepat, adik perlu buat sebulan tanpa henti. Tapi kekangan kewangan membataskan usaha mama. Cukuplah untuk 2 minggu ni sahaja. Nanti mama usaha cari duit lebih lagi.

Adik dah semakin banyak bukak mata dari sebelum buat acupunture. Walaupun dr kata saraf penglihatan adik semakin pudar. Taapi mama harap saraf adik boleh pulih semula, atau setidaknya biarlah ia kekal sebegitu sekurang-kurangnya adik boleh melihat cahaya atau bayang2. Janganlah saraf adik pucat terus. Ukuran lilit kepala adik juga semakin bertambah. Ini bermakna otak adik berkembang.

Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan ku, Amin....

Rawatan Di The Tole



Sakit tak adi kena cucuk? Maaf sayang, semua yang mama buat untuk pulihkan adik. Insyaallah dengan izinNya.


Agak mahal juga pada mama rawatan acupuncture di The Tole ni. Konsultasi buat pertama kali RM120, rawatan untuk satu sesi RM35, setiap jarum yang digunakan RM2 x 4 jarum. Kerana adik dah berumur setahun adik memerlukan 2 sesi. Ubat jerba sepeket RM15. Setiap hari mama perlu peruntukkan perbelanjaan perubatan adik sebanyak RM103. Nasib baik rumah nyang di Dato' Keramat, bolehlah kita menumpang teduh dik, tak perlulah mama nak menyewa hotel. 


Kita buat seminggu dulu ye dik, kalau ok nanti kita datang lagi.
Terima kasih buat saudara yang sudi menemani dan menghantar setiap hari. Semua sayang adik.

Mencuba Rawatan Alternatif

Mama rasa tiba masanya, mama perlu membawa adik menjalani rawatan alternatif, selain dari hospital. Mama juga tak pernah putus asa bawa adik ke cawangan2 perubatan islam darussyifa di johor bahru, mahupun di kg baru kl. Dah berapa banyak botol air penawar yang adik minum pun mama dah tak terkira. Keadaan adik masih sama. Adik selalu tersentak-sentak seperti terperanjat dan menangis setiap kali bangun tidur. Mama tahu adik sakit.

Mama terbaca tentang rawatan di The Tole Kuala Lumpur mengenai brain damage. Babah setuju bawa adik ke sana, tapi kerana kerja, babah tak dapat temani kita. Mama perlu jadi kuat kali ini, perrlu berdikari sendiri.

Mulalah perjalanan kita, menaiki keretapi ke Kuala Lumpur.Mulanya mama bimbang kesukaran yang bakal mama lalui dengan membawa abang, adik, bag dan stroller. Alhamdulillah, ada juga yang membantu menolak stroller dan mengangkatkan barang hingga ke katil. Sampai saja Tok ngah dan makcik2 adik dah tunggu depan pintu keretapi.

Terima kasih pada yang membantu, hanya Allah yang dapat membalasnya.

Alhamdulillah, adik diberikan kesihatan!

Adik, mama bersyukur sangat, usia adik dah masuk 1 tahun. Alhamdulillah, adik sentiasa sihat, berat badan adik pun semakin naik mendadak. Sekarang berat adik dah 14kg. Huh...lenguh tangan mama nak angkat adik. Masa abang kena sakit kaki tangan dan mulut nasib baik adik tak mengjangkit. Antibodi adik kuat agaknya. Maklumlah 21 hari adik diberi ubat antibiotik ketika di nicu. Hari2 adik dilalui dengan pantas sekali, hampir mama tak sangka usia adik dah masuk 1 tahun. Mama rasakan seperti adik masih bayi lagi. Tapi bila adik bersama rakan sebaya adik, mama lihat dengan ketara perbezaan adik. Adik hanya diam, tak aktif seperti usia yang sepatutnya. Adik cuma tahu menangis bila lapar dan tak selesa.


MRI Di Pakar Puteri Hospital

Alhamdulillah, rezeki adik. Dapatlah mama bawa adik ke Pakar Puteri. Adik pun tak perlu tunggu lama sebab achik kerja di sana. Sampai saja adik di masukkan jarum ke tangan, takut terjadi apa2. Adik diberikan ubat tidur syrup. Seperti biasa adik tidur tapi tetap bergerak.

Adik dimasukkan dlm mesin MRI. Tapi kali ni adik tak keseorangan, mama dapat teman adik. Ya Allah, patutlah adik tak selesa, bunyi mesin sangat kuat. Mama yang pakai penutup teringa pun masih boleh dengar, inikan pula adik. Tak sampai pun 1 jam selesai Mri adik.

Keputusan MRI tiba ditangan mama, mama tanya achik apa keputusannya. Achik kata Dr tan nak cakap, biar dr di HSI yang terangkan nanti. Sampai saja di kereta achik telefon mama kata Dr nak jumpa. Berderau darah mama serta merta.

Apa yang dr katakan amat memilukan hati mama. Mama cuba sekang air mata, tapi tetap mengalir, staff2 puteri yang lain terhenti melihat mama mendengar penerangan dr. Dr kata, ikut imbasan sagala kepeluan adik sehingga dewasa perlukan pertolongan, pengurusan diri semua memerlukan bantuan. Makan pun nanti adik kena guna tiub.

Benarkah apa yang mama dengar sayang? Mama tak sanggup nak terangkan pada Babah yang setia menunggu mama di kereta. Mama dan babah menangis, tapi kami redha dan bersyukur di atas kurniaannya.

Semoga hari esok masih ada sinar buat adik. Ini semua kerja Allah, dia tahu yang mana terbaik buat kita semua.


Wednesday, August 10, 2011

MRI Adik

Tiba tarikh adik kena buat ujian MRI, di Hsi....seperti yang mama jangkakan, adik tak akan serasi dengan ubat tidur yang dr berikan, dos yang diberikan dah paling tinggi untuk udia adik. Minum sudah, suntik pun sudah. Tapi adik tetap bergerak. Kalau difikirkan pun tidur mestilah bergerakkan? bukannya pDiorang minta mama dan babah pulang, datang lain kali dan nanti akan diberikan bius pula. Dalam pemikiran mama kenapa tak boleh tunggu masa yang lebih lama. Mama tahu mereka sibuk nak rehat, dia tak fikir ke keadaan adik yang dah macam2 mereka buat tadi?

Mama dan babah buat keputusan buat MRI adik di Hospital Pakar Puteri, biarlah mahal, janji adik tak perlu dibius. Duit Insyaallah mama dan babah boleh cari!

Tahun Yang Banyak Cerita

Terlalu banyak yang mama tak berkesempatan nak bercerita kisah adik.

Adik tahu tak tahun ini, tahun yang penuh dengan kegembiraan dan tangisan buat mama. Uncle poon kahwin, achik kahwin, adik lahir, kemudian ujian demi ujian datang buat mama dan babah. 2 Minggu adik lahir adik sakit,  kesihatan atuk pun semakin merosot sejak bulan puasa. 2 minggu sebelum raya atuk masuk wad, sesak nafas.
Dan tarikh ini, saat orang bercuti berehat atau beriadah bersama keluarga Mama sekeluarga menyambut kepulangan atuk tanpa bernyawa lagi. Atuk dah tak ada adik. 16 September 2010.

Malam tu mama,babah,abg dan adik sibuk beraya di rumah kawan babah. Kalaulah mama tahu itu hari terakhir bersama atuk, tak akan sedetik pun mama berenggang dengan atuk. Atuk sibuk nak pegang adik sejak 2 minggu sebelum atuk nak tinggalkan kita. Atuk akan dukung adik, bila mama buat kerja, walaupun sebelah tangan atuk tak boleh nak dukung adik disebabkan dialysis yang atuk jalani hampir 5 tahun. Atuk sempat tandakan mama ayat2 yang perlu dibacakan di dalam buku darussyifa .

Adik juga seakan faham atuk nak pergi....adik juga kerap menangis. Mungkin adik sudah tahu. Tinggallah kita dik. Atuk dah tak ada lagi nak bacakan ayat2 di ubun kepala adik.

Mama rindu atuk dik. Al-fatihah buat arwah ayah Ahmad Bin Hitam.


Tuesday, August 9, 2011

Kenapa Adik?

Hari ni atuk, nenek, achik dan semua family mama pergi menghantar achik bertandang ke rumah pokcik di kelantan. Hasrat mama nak ikut tak kesampaian. Atuk marah mama nak ikut, hehehe....mama rasa adik dah cukup sihat.

Pagi2 mak yah dah datang mengurut mama, hari ni hari akhir mama berurut. Tiba2 adik menjerit dan menangis, bagaikan adik terkejutkan sesuatu. Puas mama bedung adik, tapi adik tetap sama. Mak yah hampir tak dapat urut mama. Dia pun tak sampai hati lihat adik macam tu. Dia urut2 badan adik, tapi adik hanya diam sebentar saja. 20 minit nanti adik terkejut semula. Mak yah nampak gelang benang merah yang mama pakaikan ddi tangan adik. Mak yah suruh mama tanggal, dia kata warnaa merahkan syaitan suka, dia buat mainlah.

Mama dapat pun dari seseorang yang di panggil mak halus. Dia memang selalu ubat budak yang kena sawan. Bila mak yah cakap macam tu mama terus cabut. Tapi keadaan adik tetap sama.

Dah seharian adik terperanjat dan menangis. Macam2 orang yang mama dah jumpa. Sampailah seseorang yang agak ragu2 mama nak jumpa....
Mama pergi pun atas, cadangan seorang kenalan. Masuk saja dirumahnya, mama nampak macam ada yang tak kena. Beginikah orang yang nak mengubati adik? Seorang perempuan berambut perang, berseluar pendek, kuku berwarna....tapi dah masuk mama nak buat macam mana. Dia ambil buku, dia tanya mama tarikh lahir dan nama adik. Memang dia ada membaca ayat al-Quran, tapi begitukah gaya dia? Dia bawa adik naik keatas dan urut adik. Bila siap semuanya, dia bacakan air yang mama bawa. Dia kata adik istimewa, adik jatuh no 9. Orang no 9 memang selalu sakit, hidup pun tak panjang...."Ya Allah, tuhankah dia?" Adik boleh nampak benda2 yg orang tak boleh nampak. Kata dia " Jgn terperanjat kalau besar nanti adik akan cakap adik nampak benda2 yang pelik."

Kata2 yang paling mama dan babah tak terima bila dia kata, Kalau balik ni dia tak ok juga, dah tak perlu bawa pergi berubat mana2. Memang sakit dia tak ada ubatnya"....huh...manusia2...

Doa mama, minta hari esok adik lebih membaik.

Adik Achik Kahwin

Adik, hari ni achik kahwin, naib baik adik dah bertambah sihat, mama ni pun baru nak habis pantang. Mama belikan adik baju warna putih. Walaupun adik masih kurang aktif mama nak jugak nampak adik cantik.

Kesian achik, atuk dan nenek, semua dah macam hilang semangat nak buat majlis kahwin. Sampai achik pernah cakap dengan mama, rasa macam dah tak nak buat majlis dah. Adik memang semangat buat semua. Adik memang ujian besar buat keluarga.

Mama letak adik di luar, ramai yang hadir tanya tentang adik. Ramai juga yang memberi wang untuk adik. Rezeki adikkan. Lekuk di kepala adik terlalu ketara, bagaikan adik memakai cekak rambut pulak. Tapi adik tetap cantik.

Senang hati mama hari ni, semua gembira, ceria....rasanya cukuplah semalam kita semua menangis!

Monday, August 8, 2011

EEG Di Hsa

Hari ni temujanji adik untuk buat ujian eeg, kesian lihat adik kena minum ubat tidur. Adik tahan ubat di tekak adik, terdengar bunyi seakan sukar adik bernafas. Lama juga nak tunggu adik tidur, bila dah tidur pun sekali sekali adik tetap jugak bergerak. Kuat jugak adik nikan!

Gambar yang berjaya mama ambil! Sejukkan adik!

Lamanya nak tunggu keputusan eeg adik, kena tunggu hampir 4 bulan baru boleh dapat keputusan. Nak buat macam manakan, nama pun kerajaan, perlu kita memahami. Ujian adik perlu di hantar ke HKL untuk di baca.  Mama tanya juga pada org yg buat ujian adik tu, dia kata dia tak pandai sangat nak baca, tapi dari pemerhatian dia ada gelombang sikit dari ujian tu, So kalau ada gelombang graf yang tinggi bermakna adik ada epilepsi nama melayunya sakit sawan.

Apa juga keputusan yang tiba nanti mama redha sayang, adik ada disisi mama ni pun mama dah cukup bersyukur.

Mama Kembali Berpantang

Dah genap 21 hari adik tinggal di hospital, mama tak sempat nak mengurus diri, apatah lagi berpantang. Kengkadang mama lupa saat mama sampai bentan masa menjaga adik di hospital.

Hari ni mama nak sambung berurut, adik pun tak banyak ragam sepanjang pulang ke rumah. Keadaan adik sama saja seperti adik baru lahir dulu, cuma adik sedikit berat. Berat adik pun dah 4kg. Cuma kepala adik berlekuk, bekas dari kepala adik yang membesar kitika di nicu dulu. Dr kata nanti bila besar nanti lekuk di kepala adik akan hilang. Insyaallah....

Banyak juga tarikh temujanji yg berlu mama ingat utk adik, speech terapi, ortho, mri, eeg dan lain2.
Kesian babah kena banyak korbankan masa kerja dia untuk adik. Minta2lah tempat kerja babah faham situasi kita ye sayang!

Hari Pertama Adik Kembali Ke Rumah

Saat yg mama nantikan tiba juga, adik pulang ke rumah. Alhamdulillah adik balik dengan warna, bukan seperti yg mama bayangkan sebelum ini. Sebelum pulang lagi sekali ujian buat adik perlu dilakukan. Ujian pendengaran, untuk melihat sama ada pendengaran adik ok atau tidak. Graf adik menaik, untuk telinga kiri dan juga kanan. Alhamdulillah.

Cuma terkilan sedekit hati babah dan mama bila terkenangkan kata seorang Dr sebelum adik pulang.
" Ayah taukan anak ayah mcm mana? Bila otak dia dah rosak so dia akan rosak so dah tak boleh buat apa!" (panggilan ayah utk bapa besakit) Kata2 Dr seolah-olah, adik tu dah tak ada harapan langsung. Bukankah kita boleh berusaha. Allah pun dah kata tiada ubat selain mati. Insyaallah adik, mama dan babah tak akan jemu untuk memulihkan adik. Walaupun adik tak boleh sesempurna macam orang lain, asalkan adik boleh menguruskan diri sendiri pun dah cukup buat mama dan babah.

" Mama tak berani nak bedakkan muka adik, bila bedak muka adik nampak pucat!" Kita balik ye sayang!


Lagi Berita Gembira

"Mama kita tengok lagi 2 hari kalau ok puteri dah boleh balik"
Alhamdulillah..cuma itu yg mampu mama ucapkan.

Datang sorang MO yg baru menegur sambil melihat adik. " Saya selalu dengar cerita pasal Puteri, semua org cerita pasal dia." Mama terpinga, tak paham maksud Mo tu.
Essoknya MO datang datang lagi. Baru mama faham maksud MO. Rupanya semua memang tak sangka adik boleh survive. Tangan dan kaki kiri adik yg dulu mati juga dah boleh bergerak semula. Daya hisapan adik juga dah mula semakin kuat. Syukur paya Allah dik.

Ini baru sedikit ujian yang diberikan kepada kita sayang!

Monday, June 13, 2011

Tak naklah Dr

Pagi tadi dr cabut oksigen adik, setelah 2 hari adik menggunakanya. Ubat sawan adik pun dah dikurangkan sehingga 1ml sahaja. Adik dah semakin sembuh...setiap 3jam sekali adik akan minum susu menggunakan syringe. Adik tak menghisap sekuat dulu. Kata dr otot2 mulut adik dah lemah kerana terlalu lama menggunakan ventilator. Dr akan refer adik ke speech terapi. Buat sementara waktu, adik diberikan keistimewaan boleh menggunakan puting di hospital.

Petang tu juga mama minta babah carikan adik puting...hehehe..

Petang seperti biasa untuk kali ke2 dr pakar datang. Dr nak pindahkan adik ke wad pemerhatian semula. Mama : " Taknaklah dr, saya takut...nanti anak saya tak ada pengawasan lagi!"
Dr : " Tak ada apa2lah...anak awak dah ok...nanti ada misi tolong jagakan."

Mama pasrah, mama terpaksa ikut arahan dr. Mama korbankan lagi keselesaan mama..Yang penting hanya adik. Mama rela tidur beralaskan lengan. Berselimpuh di atas kerusi. Demi menjaga adik. Tak jenuh mama berpesan pada setiap misi yang mama jumpa setiap kali mama nak ketandas walau untuk seketika.

" Misi tolong tengokkan Puteri ya...saya bimbang oksigennya tak cukup lagi..saya nak ke tandas kejap!"
Jawapan misi setiap kali mama pesan..." ye mak, jangan takut! pergilah mak....pergilah tiduk kat bilik mak...kalau ada apa2 kami panggil."

Cerita semalam

Semalam hari yang sangat menduga mama. Dengan berbagai dugaan yang hampir bagaikan meragui nyawa adik.

Kasihan mama melihat nasib seorang ibu...yang suaminya baru bernazar agaknya, mencukur janggut dan misai selepas menantikan cahaya mata yang pertama setelah 10 tahu menanti. Anaknya tak cukup bulan, di asingkan di bilik khas bertentangan dengan wad adik, kerana paru2nya kena jangkitan kuman.

Bermulalah peristiwa episod pemergian kawan adik pada jam sekitar 10.10 mlm. Misi datang membuat suction sebelum nak beri susu melalui tiub pada kawan adik. Tiba2 darah terpancut keluar tanpa henti.

Dalam jam hampir 1 pagi mama lihat ibunya datang menangis. Sambil membawa baki pampers anaknya yang ada di berikan kepada kawan mama yang sama2 menunggu anaknya di wad hospital. Anaknya dah tiada! Kalaulah mama di tempatnya? Masih belom dapat mama bayangkan....

Pagi ini, babah terserempak dengan ayah kawan adik. Babah peluk dia, yang sedang menanti ingin membawa jasad anaknya pulang untuk disemadikan. Babah kata " Bersabarlah, dan tak apa sekurangnya...dah ada pembantu untuk bawa awak masuk ke sana!"

Semalam, sekitar jam 3pagi seorang lagi anak kecil diambil nyawanya. Anak seorang pasangan cina. Tapi kali ini amat berbeza ibu dan ayahnya nampak begitu kuat menempuhnya. Tak terdengar pun raung tangisnya, meratapi pemergian anak yang dilahirkan..Mungkin dia dah bersedia dari awal.
Dari hari pertama dia dimasukkan ke nicu....bacaan bantuan oksigennya bagaikan mesin yang nak meletup...semaksimum mungkin pergerakan mesih ventilatornya. Kalau tak silap mama mencecah 120...Dadanya berombak, mengikut rentak selaju mesin yang dipasang.

Ya, Allah aku bersyukur kerana kau masih memberiku peluang menemaninya.

Bercerita kisah adik, setelah seharian melalui hari yang cemas. Pagi ini seperti biasa mama menanti kehadiran pakar. Mama melihat dr pelatih menerangkan kepada pakar tentang kejadian adik semalam. Tiba2 apa yang terjadi semalam, terjadi sekali lagi dihadapan pakar. Serta merta dr meminta pam oksigen....keadaan menjadi kelam kabut...Mama lihat bagaikan nyawa adik bagaikan di hujungnya..Tapi hati ini mengatakan adik kuat. Kelihatan pakat memarahi misi yang seakan-akan sambil lewa mengambil barang yang dipinta..sedangkan adik dalam kritikal. Adik di alihkan semula ke ruang nicu.

Diagnos yang dr kata, mungking disebabkan badan adik yang tak dapat mengawal suhu. Suhu badan adik akan menjadi menurun hingga tak cukup oksigen bila sejuk...Manakala akan menaik bila panas. Jadi adik perlu di masukkan semula oksigen melalui hidung untuk sehari dua lagi.

Hari yang mendebarkan!

Masuk hari ke-3
Adik dah di pindahkan ke ruang pemerhatian...tiub oksigen di hidung dah di tanggalkan...adik pun dah semakin bersuara semula...3 hari mama perlu menunggu tangisan adik...sebelum ni hanya menangis, tapi tiada langsung bunyi..Mula2 risau juga mama dibuatnya, tapi dr kata biasalah...kan dah terlalu lama di masukkan ventilator dlm mulut, so hilanglah kejap suara adik. Tiub yang selalu untuk memasukkan susu yang diberi juga dah di tanggalkan. Setiap tahap adik lalui pemulihaan dengan cepat. Tapi yang merisaukaan mama, mata hitam adik sentiasa ke kiri.
Babah : " Tak pelah yang, mungkin Allah sembuhkan dia, tapi Allah ambil indramata dia!"
Mama redha' adik...

Di wad pemerhatian agak merisaukan mama coz adik hanya disambungkan dengan mesin chek denyutan jantung yg kecil dan agak slow bunyi bipnya berbanding di nicu menggunakan monitor besar dan berbunyi kuat. Kalau oksigen adik kurang serta merta bip akan berbunyi sekuatnya. Jadi dapatlah misi atau dr melihat dengan segera. Berbeza dengan sekarang, dengan misi yang hanya ada 2 org sahaja yang menjaga untuk hampir 20 org bayi di wad pemerhatian.

Jangkaan mama tepat..bermula dari awal tengahari, mama tak pernah jauh dari Adik. Bergilir-gilir dengan babah. Mama lihat monitor adik...oksigen adik dari 98 turun mendadak jatuh hingga hampir 40...muka adik sedikit kebiruan...mama segera panggil dr yang kebetulan ada berhampiran. Bila dr datang oksigen adik normal seperti biasa semula.

Dr : " Kalau Puteri jadi lagi nanti beritahu saya ye..."
Mama terpinga...maknanya mama kena sentiasa perhatikan adik. Kalaulah mama tak ada macam manalah keadaan adik?


Sepanjang mama jaga hari ni sahaja dah 2 kali adik kekurangan oksigen. Mama minta dr pindahkan semula adik ke nicu, tapi tak di indahkan. Apalah daya mama dik.

Jam dah 9.00mlm, babah terpaksa pulang. Tinggalkan mama menemani adik di wad. Risau mama buatkan mama nak ke tandas pun susah. Mama cuma ke bilik rehat berbaring di katil tak lebih 5 minit. Mama akan bingkas bangun semula ke wad adik.

Jam 11.00mlm,
Mama lihat ruang wad kosong lengang, yg tinggal seorang dua para ibu dan bayi2 yang dalam menyabung nyawa menanti harapan untuk hari esok. Bunyi bip2 di nicu bergema hingga ke wad pemerhatian adik. Wad pemerhatian yang adik duduk sekarang tidaklah jauh dari nicu..masih dalam ruang yang sama, cuma adik jauh di hujung sudut dinding.

Misi cina yang agak tua datang nak masukkan ubat melalui jarum yang terletak di kepala adik. Mama hanya memerhati. Misi cina ni agak ganas sedikit. Risau juga mama lihat dia mengendalikan jarum yang terlekat. Tak lama, misi beredar. Mama lihat banyak darah di tuala yang di jadikan alas bantal di kepala adik. Mulanya mama fikir bekas darah yang terkeluar semasa misi memasukkan ubat. Rupanya darah adik sedang mengalir bagai air paip yang sedang dibuka pilinya. Pantas mama ligat mencari misi. Kebetulan misi nadia lalu.

" Nadia, darah keluar banyak dari kepala puteri."
Mama lihat nadia mengambil kapas membersihkan darah yang mengalir.

" Mak jangan takutlah, penutup dekat lubang jarum ni, tak tutup ketat!"
Masyaallah...mudahnya dia bercakap. Banyangkanlah kalau mama tak ada disisi, dah kering agaknya darah adik.

Hilang bab darah....tiba2 aksigen adik kurang lagi..mama pandang sekeliling...tiada dr atau misi yang dapat membantu....segera mama ingat kembali insiden pagi tadi. Mama angkat adik supaya duduk...mama tepuk2 belakang adik...kemudian oksigen adik kembali naik semula. Hanya Allah sahaja yang tahu...Tapi mama tak salahkan sesiapa, mungkin itu rezeki mama untuk manjaga adik.

Malam ini tidur mama memang tidak selena semalam...tapi masih ada harapan untuk mama tersenyum untuk hari esok!

Mama dekat dengan adik!

Pagi ni mama tanya dengan misi..boleh tak dapatkan mama katil untuk mama jaga adik di hospital.
" nanti saya semak dulu, kalau dah ada kosong."
" ok, mak ( paggilan utk semua ibu di nicu ), ada kosong...so, anak pun dah sedar mak boleh tinggal di hospital, senang nak beri anak susu nanti."
" ada lagi ke susu mama ni?" dah lama sebenarnya dari abang dulu, susu mama memang tak banyak. tp kata misi, susu ibulah yang terbaik. jd mama minta pil dari dr untuk banyakkan susu. Mama perlu makan 3biji sehari.

Mama jengah adik di katil kecil adik. tiub masih di hidung. kesian dan risau mama tengok, tiub di hidung adik selalu tercabut...kecil sangat gidung adik..kalau kembang senang kot. hehehe...

Mama dan babah asyik tengok botol air oksigen di sebelah adik...bimbang kenapa botol anak org lain banyak bubble, botol adik sikit2 jek...lepas tu dlm 5 minit tak ada balik. Mama tanya misi yg lalu...
" Nanti saya suruh dr periksa puteri"

Dr dengar nafas di dada adik. " O...dia dah kuat ni...tak layak dah nak pakai oksigen ni...Nanti kita gantikan guna tiub kecil jek."

Ishhh...hati mama pelik, cepatnyer adik ni. Anak org lain 3 hingga 4 hari guna baru boleh tukar tiub yg kecil...Tapi dlm hati mama gembira juga...Wah...hebat anak mama ni!

Bangunlah Adik!

Pagi ini bangun dengan harapan....menagih janji dr hari ni. Nak cabut ventilator!

Sebelum mama mejengah adik di hospital, mama dan babah sempat singgah di restoran kesukaan mama. Bertentang aje dari hospital yg adik tinggal. Hish..mama ni dlm pantang pun nak makan sedap2 ye...hehehe...(* perut mama kena isi juga sayang, kalau tak macam mana kaki nak melangkah! )

Sampai di Nicu, mama dan babah berteka-teki, dah cabut ke ventilator adik...terlepas ke mama moment2 yg di tunggukan?

Mama dan babah melangkah dengan perlahan...terlihat tiub masih lagi di dlm mulut adik...Tel mama berbunyi, atuk sibuk bertanya, macam mana iman? " Blom cabut lglah ayah!" Babah tanya dr yg sentiasa ada berdekatan dengan adik. untuk sentiasa memerhatikan dan mereportkan setiap apa yg terjadi pada setiap pesakit yg dia jaga, termasuklah adik.

" Dr! bila nak cabut ventilator Puteri?"
" Tunggu dr pakar datang! kalau dia kata ok kita buka lepas tu."

Mama terpaksalah tunggu dlm 1 hingga 2 jam lagi. mmm...stiap penantian tu memang satu penyeksaankan!

Masa yg mama dan babah nantikan dah tiba. Dr pakar kata boleh buka! Alhamdulillah! Mama dan babah disuruh tunggu di luar....maybe tak nak mama dan babah tengok sedalam manalah tiub yg di masukkan dlm mulut adik tu.

Hampir 1/2jam juga mama tunggu. Babah jengah adik di pintu...dah nak siap.
Mama lihat adik dipakaikan oksigen yg ada botol air di tepinya..tak tau mama apa nama dia...ada tiub di hidung adik..mata masih terpejam...Dr kata kesan ubat tidur masih ada...so akan beransur hilang perlahan-lahan. Tak pelah janji adik dah semakin membaik.

Monday, April 11, 2011

Berita baik untuk kami!

Senyum mama campur tangis hari ini. Dr kata kesihatan adik bertambah baik. Terlalu banyak kekuatan dalam diri adik. Dr pun tak sangka dengan perubahan adik. Dr nak cuba cabut ventilator adik esok.

Bersyukurnya babah dan mama. Terima kasih Allah, sesungguhnya kau masih meminjamkan Adik untuk kami sekeluarga.

Mama sampaikan khabar pada semua. Semoga doa kami didengar oleh-Nya.

Debaran hari esok masih ada.

Tiada lagi sawan

Pagi ni mama datang seperti biasa. Dengan harapan agar kesihatan adik bertambah membaik.

Babah lihat adik masih terbaring kaku sama eperti hari2 berikutnya. Cuma ubun kepala adik yg membengkak kelihatan sedikit susut. Babah tanya dengan Dr  macam mana keadaan adik. Dr kata adik dah tak ada fit. Dr pun dah semakin kurangkan dos ubat adik, pernafasan adik pun semakin membaik, ventilator dah dikurangkan ke 25%.

Alhamdulillah, syukur. Sememangnya adik kuat.

Adik, mama rindu nak tengok mata dan mendengar tangisan adik. Bangun ye sayang!

Monday, March 28, 2011

Terima kasih semua

Alhamdulillah, ramai yg sudi berkongsi hiba kami sekeluarga....

Mama hanya mampu menghitung hari adik. Tangisan dah terhenti, tak sedar kekadang mama dan babah ketawa menghibur hati. Bukan mama tak sedih. Tapi kesedihan mama dan babah hanya akan membuatkan adik lagi derita. Babah masih lagi dengan rutin bacaan yassin buat adik. Solat hajat juga tak kira waktu babah sentiasa buat. Beruntungnya adik memiliki babah yg sanggup mengorbankan waktu untuk sentiasa menemani adik dan mama melalui hari2 yang masih belum tentu jalan ceritanya.

Terima kasih buat kengkawan mama dan babah yg sudi dtg melawat mama di hsi. Walaupun tak dapat tgk adik, mereka tetap juga datang. Buat saudara jauh juga. Terima kasih, kerana setiap malam tak putus membuat bacaan yassin di Masjid Al-Akram Dato' Keramat http://foursquare.com/venue/2552789.

Mereka yang sudi datang.

Teman,
kesedihan ku memuncak,
Tapi kamu redakan dengan kata,
Bahu ku memikul bebanan,
Kamu lurutkan dengan senyuman,
 Kini aku sudah mara ke hadapan,
Kamu kata " kami sentiasa dibelakang"
Membantu menghapus sisa perit yang tersinggah.


Hari untuk menjadi lebih kuat

Mama tinggalkan hari semalam yg penuh duka. Hari ini mama redha dengan segala yg telah ditentukannya.

Semalam semua turut berduka, semua turut menangis. Kerana adik bakal menjadi ahli syurga!

Mama tak sanggup nak beritahu atuk dan nenek sendiri. Mama cuma tel acik. Biarlah acik yang sampaikan. Acik tanya mama, macam mana boleh jadi sampai macaam tu. Mama kata tak tahu, mama redha, kalau adik nak pergi, daripada adik hidup tersiksa dan tak sesempurna mereka.

Petang tu, atuk datang naik teksi. Atuk pun bukannya sihat sangat. Atuk terpaksa berkejar buat dialysis dan lepas tu datang pula ke hospital. Dari jauh mama dah nampak atuk. Air mata dah mula bergenang. Atuk peluk mama, atuk menangis. Atuk kata sabar...segala yg terjadi ada hikmahnya.

" BIARLAH AYAH, YAH TERIMA SEGALANYA! "

Tika dan saat blog ini tercoret pun, mama sedang menangis.

Kalau itu ketentuaannya!

Hari ni masuk hari ke-3 adik berada di hsi. Masih tiada apa2 lagi perubahan yg adik tunjukkan. Misi kata adik masih diserang sawan. Ubat sawan dah paling maximum diberikan utk adik. Misi kata lepas rehat dalam jam 2.00ptg, dr nak jumpa mama dan babah.

Kerisauan mama dan babah makin bertambah. Berita burukkah atau baik yg bakal kami terima. Mama jadi gelisah, rasa bagai nak putar jam tu secepat yg mungkin.

2.00ptg mama dan babah masuk ke bilik dr pakar yg merawat adik. Dia terangkan kondisi adik. Ya Allah, remuk berkecai hati mama dan babah bila mendengarnya, namun air mata mama bagai dah tak terluah. Mama hanya mengangguk paham. Hanya yg mama dengar dgn jelas hinggaa kini, dr kata.....

Ada pendarahan dlm otak adik, tp dah rujuk pakar adik tak perlu buat operation buat masa ini. Adik jugak semakin kerap kena sawan, hampir setiap 10 minit sekali dan setiap sawan yg menyerang lebih dari 5 minit.
Dr kata adik tak ada harapan untuk hidup lagi....Dr cuma akan habiskan antibiotik selama 21hari...if tak ada perubahan ventilator adik dr cabut dan biarkan adik tanpa sebarang bantuan lg. Kalau adik survive pun, adik akan cacat kekal. " u pernah tengok budak cacat yang terbaring? so macam tulah anak u nanti." kecuali mirical! "

Babah peluk mama di sofa, air mata dah tak terbendung lg. mengalir sederas yg mungkin. kata2 dah mula tersekat. Teringat mama pada satu blog yang mama baca diawal hari adik masuk ke hospital. Anaknya juga sama nasib dengan adik. Tetapi tuhan lebih menyayanginya. Mama pinjam semangat dan kata2 si ibu disaat akhir hayat anaknya. Mama pergi dengan kain bedung adik yg masih terletak dibahu mama. Hanya ini yg mampu mama luahkan!

" ADIK IMAN, KALAU ALLAH LEBIH SAYANGKAN ADIK, ADIK PERGILAH SAYANG BERTEMU-NYA. TAPI KALAU ADIK MEMANG DIPINJAMKAN UNTUK MENEMANI MAMA, BABAH DAN ABANG ADIK KUATLAH SAYANG."

Hari-hari yang perlu dibahagikan

Ya, Allah kau lindungilah dia. Sesungguhnya ia masih kecil untuk menerima kesakitan mu itu.

Hari-hari mama dah tak terurus. Segala pantang, bengkung, ubat dah tak lg mama cuit. Fikiran mama kini hanya adik. Setiap kali melangkah masuk ke nicu, mama akan duduk kaku di sudut menunggu. Mama akan suruh babah tgk adik dulu, kalau adik ok, baru mama akan lihaat adik pula. Macam2 yg terbayang difikiran mama. Tidur mama dah tak lena. Kalau telefon berbunyi rasa bagai ada pisau yang menunggu untuk tersusuk ke dada. Babah kata, selagi adik iman tak pulih babah tak boleh nak pergi kerja. Mama faham keadaan babah. Babah terkilan belum sempat nak mandikan adik.

Rutin mama dan babah setiap hari jam 8.00pagi hingga 9.00mlm akan sentiasa berada di hsi menemani adik. Babah hampir setiap 1/2jam akan bacakan yassin utk adik. Kesian abang awal yg terpaksa tinggal dengan tok mama. Masa mama pergi abang masih tidur, bila balik cuma dapat main dengan abang cuma sejam lepas tu abang dah tidur. Namun fikiran mama tak pernah lupakan adik walau sedetik pun. Nasib baik abang tak meragam.

Adik kuat ye sayang!

Sunday, March 27, 2011

Segalanya bermula

Allah hu akhbar! Pagi itu mama bangun dlm kol 8.00pg. Mama dengaar suara adik seperti mengerang, tapi tak menangis. Mama lihat mata adik memandang ke atas. Bila mama selawat dan tolak kelopak mata adik, tetap tak berganjak tetap ke atas. Mama tunjukkan pada tok mama, babah pula dah ke pejabat. Tok mama kata pun tak tahu kenapa. Tok mama kata tak payah mandikan adik. Tok mama cuma lap-lapkan badan adik guna tuala basah. Lepas tu adik di bedung. Hati mama semakin tak sedap, mama tgk adik dlm bakul, muka adik semakin pucat. Susu pun adik tak habis minum. selalunya tak cukup 4oz adik jerit lagi, tapi hari ini adik diam, menangis pun tidak.

10.00pg
Mama call babah, suruh babah balik bawa adik ke klinik. Babah sampai dlm jam 11.00pg, adik masih sama pucat, mata ke atas. Mama tak tunggu lg, yang terfikir cuma bawa adik ke hospital.

Adik di bawa ke kecemasan. Lama juga mama dan babah tunggu di luar. Badan mama dah mula sejuk. mama tak sempat nak capai sweater. Mama cuma berstokin, berkain batik dan berbaju t-shirt lengan pendek. Misi datang panggil mama, tak semena berderau darah mama.

Di atas katil mama lihat, muka adik si dalam balang jernih..adik perlukan oksigen. Dr kata adik dah mula menangis, muka adik pun dah sedikit kemerahan. Rupanya td selama dirumah adik tak cukup oksigen. Dr kata adik perlu dibawa ke nicu, utk di berikan pemantauan dan rawatan selanjutnya. Masa ni mama masih belum terasa apa2 yg merisaukan. Mama fikir adik dah semakin pulih. Hati mama sedikit lega.

Setibanya di nicu, dr suruh mama dan babah tunggu di ruang menunggu. Hampir 1/2jam, dr panggil mama dan babah. Jauh di sudut hadapan pintu, mama lihat adik terbaring kaku, adik dah tak sadarkan diri. Lemah rasa kaki mama nak berdiri. Badan adik dah berselirat dengan wayar.



Ya...Allah besarnya ujian mu. Semalam ia tersenyum, dan hari ini dia terbujur kaku.

Dr kata adik terpaksa ditidurkan, keran kekurangan oksigen pd otak. Kepala adik juga membengkak. Baru mama perasan ubun2 adik nampak timbul. Disebabkan mama lewat bawa adik ke hospital sebenarnya memburukkan lagi keadaan adik. Mama tak terkata, air mata dah tak terbendung. Kain bedung terakhir yg adik pakai menjadi tadahan air mata mama. Mama cium baju yg adik pakai. Babah juga menangis! Dimana silapnya sepanjang kami menjaga adik?

Malam itu mama terpaksa tinggalkan adik ditemani bunyi mesin2 yg amat bising. Mama tak dibenarkan menuggu adik. Lagipun dr kata tak ada apa2 yg dapaat mama lakukan. Kalau ada apa2 pihak hospital akan hubungi mama dan babah.

Adik sayang jangan tinggalkan mama, masih banyak lg pakaian yg mama sediakan adik belum pakai.

Saturday, March 26, 2011

Adik kena kuning

Baru hari ke-3 iman di rumah...pagi tu misi dtg utk chek mama dgn adik iman. Misi kata adik kena kuning, dia suruh mama bawa adik ke klinik segera utk ambil darah. Mama suruh babah balik, tengahari tu chek darah iman, 10 saja masa tu dr kata so ok lg. Balik tu mama suruh babah beli ubat dkt sense. Mama kena mandikan adik dgn ubat sense salama seminggu. Alhamdulillah, selepas 3 hari kuning adik turun ke 9, so adik tak perlu admit ke hospital.


Duduk rumah boring2, mama ambil gambar adik iman...lain sgt muka adik, macam org putih pulak mama tengok. Badan adik banyak nampak tompok putih. Orang panggil air mandi...So akan bertambah besarlah lagi badan anak mama ni...hehehe...

Bismillahhirrahmanirahim.....

Alhamdulillah, rezeki Allah...segala perancangan diatur mengikut kehendaknya. Sekali lg mama menerima khabar gembira. Mama bakal dapat baby lg setelah umur abang awal masuk 2 tahun. Dr sahkan mama bakal dapat baby gurl. Seronok tak terkira, insyaallah sepasanglah anak mama keluar nanti.

Untuk menyambut adik kali ni mama tak sediakan pakaian dan barangan sebanyak seperti abang dulu. Mama cuma beli 4 helai saja baju baru. Baju abang pun masih elok lagi utk dipakai. Dah lumrah, anak ke-2 kenalah pakai yg dah sedia ada...kalau tak nanti jadi pembaziran.

Mama, macam biasa tak alah ketika mengandung...9 bulan 3 hari adik iman tinggal dlm perut mama. Sampai saat melahirkan adik iman, mama rasa mudah. 3 kali teran adik iman dah keluar, walaupun sebelum ni, mama tak ada pengalaman bersalin normal. Lahirkan abg awal, mama menahan kesakitan selama 12jam. Tapi akhirnya abang lahir sacara caesar.

Cuma semasa mama mengandungkan adik iman, dr kata mama ada kencing manis. Tapi mama yang gatal makan selepas minum air gula. Mungkin sebab itu bila ambil darah gula mama naik. So disebabkan mama dilebalkan sebagai diabetis, genap 40minggu mama perlu dimasukkan ke wad, dan dimasukkan ubat untuk dipaksa bersalin.

Masuk hari ke-3, jam 2 pg, mama dah mula sakit 10 minit...Pagi-pagi dalam pukul 8pg babah dah dtg nak teman mama bersalinkan adik. Masuk labour room dalam kol 10pg. Akhirnya adik keluar pada jam 3.38ptg.
Berat : Panjang:

Bersyukur mama kepada Allah...Adik sihat dan sempurna. Kening adik sangat cantik, seperti dibentuk, walaupun rambut adik halus dan sedikit.

Mama dan Babah kasi nama adik PUTERI NUR IMAN QASRINA.